Monday, December 5, 2011

Doa Hari Asyura

Doa Hari Asyura
Artinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

Ayah dan Ibu



Firman Allah swt:

"Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia.

(Al- Isra': Ayat 23)

Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku di waktu aku kecil"

(Al- Isra': Ayat 24)

Kelebihan Ibu dan Bapa
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." - (Riwayat Ahmad).

Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).

Hadis yang masyhur dan lazim digunakan:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:

Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Karamah ibu dan Hikmah bapa

Sepanjang 22 tahun hidup di bumi ini, segala nikmat dan kebahagiaan hidup yg dikecapi adalah kerana karamah dan hikmah ibu dan bapa. Sempena malam 10 Muharram, hari asyura, hari yang penuh dengan sejarah dan nikmat yang Allah Taala kurnia, marilah kita bersama-sama mendoakan ibu dan bapa kita sebagai tanda terima kasih dan ingatan buat mereka:

Dengan kehendak Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah ya Tuhanku, dengan kemuliaan bulan ini, dengan kemuliaan hari ini, sebagaimana Engkau menerima taubat nabi Adam as pada hari ini, sebagaimana Engkau mengangkat nabi Idris as dan Isa as ke langit pada hari ini, sebagaimana Engkau telah selamatkan nabi Nuh as dari bahteranya pada hari ini, sebagaimana Engkau menyelamatkan nabi Ibrahim as dari pembakaran Raja Namrud pada hari ini, dan sebagaimana Engkau menyelamatkan nabi Musa as di laut merah juga pada hari ini, pada hari ini aku memohon kepada Engkau, ampunkanlah kira nya dosa kedua ibu dan bapaku, kasihanilah mereka dengan sifat rahim Mu Ya Rahim, selamatkanlah kedua ibu dan bapaku di dunia dan di akhirat Ya Muhaimin, limpahkan rahmat dan kesejahteraan hidup ke atas roh dan jasad mereka, serta tempatkan lah mereka di tempat yang tinggi dan tergolong di dalam orang-orang yang memperoleh kejayaan serta kemenangan. Dan aku mohon kepada Engkau Ya A'zim, tolonglah lah aku dalam mentaati kedua ibu dan bapaku, dengan roh dan jasadku. Amiin Ya Tuhan, kabulkanlah permintaan hamba Mu ini yang hina ini.







Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami...dan itulah tempat pulang kami..
Karamah ibu + Hikmah Bapa + Berkat Guru

Thursday, December 1, 2011

Mimpi Di Siang Hari

Mimpi

Cinta adalah amanah dari yang Esa 
Cinta adalah kurnia dari yang Esa
Tanda sifat Ar-Rahim sang Pencipta

Nafsu adalah dugaan dari yang Esa
Nafsu adalah pembisik hati dan jiwa
Tanda hitam pada manusia

Hidup adalah hayat
Hayat adalah hidup
Tak sama pada yang wujud
Tak baharu qadim pun bukan

Yang nyata sembunyi
Yang sembunyi nyata
Kuatkan lah jiwa
Syukur banyak lafaz dan gerak

Pakai tak pakai
Tak pakai pakai
Ilmu ikhlas
Usaha terus doa

"Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya?,dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui(kejahatan hatinya)"

Jika kau dihadapkan dua perkara
Kau tidak tahu mana salah dan mana benar
Hindarkan hawa nafsumu sahaja
Ia hanya membawa orang pada siksa
Jika kau turuti permintaan nafsumu
Keharaman yang lain pasti dia akan minta lagi darimu

Jika kau suka mendapat kepujian
Terkabulnya cita-cita dari rahmat rabbi
Tinggalkan saja keinginan yang buruk ini
Dialah musuh yang lebih memusuhi
Dia selalu minta dan suka
Meskipun telah banyak melakukan dosa
Banyak yang buta kerana dia
Manusia itu adalah Rahsiaku, dan aku adalah RahsiaNya. 


"Kata Saidina Umar as: : "Bagi kau adalah huruf"

Thursday, November 17, 2011

Grr..

Salam alaik,

Hari ni sangat tenang walaupun banyak kerje nak kena buat. Program yang terdekat lagi seminggu je tinggal. Progress report FYP pon nak kena hantar minggu ni. at the same time ada 2 tests yg sedang menanti. bile free, tersgt lah free, tapi bile banyak kerje, amboiih tak cukup tangan nak buat..hee 

Sambil-sambil buat kerja, as usual, saya online la jugak.. terbaca kat status  kawan-kawan.. "beratnye dugaan mu Tuhan".. bila time ada masalah, ramai yang suka cakap macam tu "ini semua dugaan dari Tuhan..sabar2"

erm, saya just terfikir la..saya rasa macam tak sesuai je kalo cakap macam tu..iye betol, memang semua ujian tu datang dari Tuhan, tapi sometime saya rasa kita perlu 'check' jugak diri kita..maybe dugaan tu datang sebab kita ada buat silap..thats why la Tuhan turunkan ujian tu..maybe jugak Tuhan turunkan ujian sebab nak suruh kita sedar kita ada buat silap.. tak boleh la all the time cakap, ini semua dugaan Tuhan, kita pon kena check la diri kita..at the same time tune balik, kot kite ade ter'over' buat something ke..sebab saya rasa, Tuhan tu tak zalim.. tapi berbeza dgn para Nabi, para Auliya, itu saya setuju, ujian yang Tuhan bagi tu sebab nak uji mereka, sebab nak naik kan darjat mereka..

Macam kita-kita ni, saya rasa lebih beradab kalau kita rasa semua ujian yang Tuhan turunkan tu, sebab kita ada buat salah..pandangan saya jela..sebab orang macam saya ni memang banyak buat salah hee

"orang yang baik tak kan pernah rasa diri dia baik, orang yang berasa dia buat baik, belum tentu dia baik"

*Cepat-cepatlah FYP ni habis..grrr

Wednesday, November 2, 2011

Budaya dan Warisan


gambar ihsan en. google *sekadar hiasan

Budaya dan warisan merupakan dua perkataan yang sering kali diperkatakan khususnya apabila membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan sejarah bangsa dan negara. Dari sudut tafsiran, Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal, atau secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.

Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Atau secara ringkasnya, budaya adalah cara hidup yang dikerjakan oleh manusia yang mana dapat membentuk budi pekerti yang baik dan tidak bercanggah dengan akal fikiran manusia yang waras.

Warisan pula dapat didefinisikan sebagai suatu (harta) peninggalan yang ditinggalkan oleh pewaris kepada ahli warisnya. Secara bahasa pula warisan berasal dari bahasa arab "al-miirats" yang beerti berpindahnya sesuatu dari seseorang kepada seseorang yang lain atau boleh juga disebut berpindahnya dari suatu kaum kepada suatu kaum yang lain.

Budaya atau kebudayaan merupakan suatu cara hidup (lifestyle) sesuatu kaum yang mana cara hidup tersebut diterima pakai dan dipraktikkan oleh sekumpulan manusia yang ramai. Jika lifestyle itu hanya dipraktikkan oleh segelintir manusia, maka itu tidak disebut sebagai budaya. Pada kacamata saya, budaya secara lazimnya berteraskan kepercayaan sesuatu kaum. Maka sesuai dengan kepercayaan itu, akan lahir amalan, adat dan adab yang menjadi simbol kepada kepercayaan kaum tersebut. Sebagai orang Melayu, saya mengambil contoh budaya Melayu itu sendiri. 

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, orang-orang Melayu pada ketika itu mengamalkan budaya atau cara hidup berteraskan agama Hindu. Maka, amalan-amalan seperti bertapa, memuja-muja dan cara kehidupan seharian mereka banyak diambil dari agama hindu. Namun begitu, selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, suatu transformasi besar-besaran telah berlaku ke atas orang Melayu itu sendiri. Perubahan dari sudut kepercayaan kepada agama Islam, telah membawa perubahan kepada budaya orang Melayu yang mana semua amalan, adat, adab, keperibadian dan semua aspek kehidupan adalah berteraskan agama Islam. 

Para ulama dan mubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Tanah Melayu dahulu telah berjaya mewujudkan suatu transformasi budaya yang mana di dalam budaya itu diisi dengan ilmu-ilmu dan kepercayaan (islam dan iman) yang sesuai dengan cara hidup masyarakat Melayu. Maka dengan mengamalkan budaya itu, akan lahir masyarakat yang mempunyai cara hidup yang berlandaskan Islam dan Iman.

Budaya Melayu yang telah ditransformasikan ini merupakan suatu warisan yang unggul. Namun begitu warisan ini tidak boleh diwarisi melalui pertalian darah. Ini kerana ilmu, islam dan iman tidak boleh berpindah atau diwariskan dari seorang bapa kepada anaknya. Oleh itu ia menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai orang Melayu yang beragama Islam untuk mempertahankan budaya ini. Jika kita tidak mempertahankannya, suatu masa nanti anak cucu cicit dan generasi kita mungkin tidak lagi dapat mengamalkan budaya ini. Memburukkan lagi keadaan budaya-budaya barat yang secara nyata berlandaskan agama-agama yahudi dan nasrani kian mendapat tempat dihati anak bangsa kita. 

Cukuplah sekadar mengambil ilmu dari luar, tetapi janganlah sampai membawa budaya mereka sekali. Kerana budaya adalah cara hidup, dan cara hidup orang Melayu adalah Islam.

Salam alaik :)

Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti




Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti


Cuaca di UTP kini tidak menentu. Di pagi hari cuaca amat panas terik, disusuli petang dengan hujan yang lebat. Boleh dikatakan hampir setiap hari begini. Tapi ini semua pemberian dari Allah, semoga hujan ini membawa Rahmat dari Ilahi. Hari ini penuh bermakna buat diri ini dan aku percaya buat semua ahli Silat Cekak. Pada malam ini akan diadakan tahlil untuk pengasas agung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, YM Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986 bersamaan 7 Zulhijjah 1406. 


Pengasas PSSCM, Ustaz Hanafi bin Ahmad
YM Almarhum Ustaz Hanafi 

Nama Hanafi bin Ahmad mungkin tidak semasyhur tokoh-tokoh pejuang bangsa yang lain. Nama beliau tidak lah terkenal seperti artis-artis di Malaysia ini. Namun, bagi ahli-ahli PSSCM, aku percaya dan yakin, nama beliau cukup disegani dan dihormati. Ini kerana jasa dan pengorbanan beliau dalam mendidik anak bangsa nya sendiri sehingga mengorbankan hampir keseluruhan hidup beliau dalam mengembangkan seni pusaka Silat Cekak. 

Sedikit maklumat mengenai Almarhum Ustaz Hanafi:
(Dipetik dari laman rasmi PSSCM: http://www.silatcekak.org.my)

Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).

Menyingkap semula zaman mudanya, Ustaz Hj Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim.

Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.

Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.

Menyingkap kata-kata hikmat beliau:

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Boleh jadi yang kamu sangat benci itu adalah mempunyai kebaikan bagi kamu, boleh jadi pula apa yang kamu tersangat berkenaan itu memudaratkan bagi kamu."


Seorang ulama berjiwa panglima, berpandangan jauh, mempunyai semangat kebangsaan yang cukup tinggi dan disegani. Tiada kata untuk saya menggambarkan keperibadian beliau. Bukan taksub, tapi kagum. Di kacamata saya, Ustaz Hanafi ini merupakan seorang yang bijaksana dan berjaya kerana melalui budaya beliau telah berjaya mendidik ramai ahli-ahli Silat Cekak ke arah kebaikkan dan kejayaan. Ini bukan cerita tapi ini sejarah dan ada bukti yang nyata. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh almarhum ustaz Haji hanafi. Al-fatihah

*terima kasih ustaz walaupun tidak sesaat pernah bersua =)

Sebenar Guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan Isyarat

    

Saturday, October 29, 2011

Majlis Konvokesyen PSSCM zon tengah

Majlis Konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Tarikh: 22 Oktober 2011
Tempat: Dewan Unikl-BMI

Pembesar-pembesar Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM

Para Pentadbir PSSCM bersama YM Guru Utama 


Perarakkan masuk para VIP

Penerima Sijil Menengah dan Rendah PSSCM yang belakang lelaki baju putih ni mama i la. congrate dapat sijil menengah :)

Penerima Sijil Rendah PSSCM dari UTP dari kiri: azhan, safwan (kepujian), zakirin, fifie, syafiq, syamim (kepujian)

Ydp Perak aka Penyelia UTP, sapa lagi kan Abg Halim hehe

eh sape yang kacak tu ^^

eh ni pon ade..sape pulak la ni kan =P

Perarakkan keluar para VIP

Ahli-ahli PSSCM Cawangan Perak "Bersama Bersatu"

Tahniah buat semua yang telah berjaya Ujian Sijil Rendah dan Menengah PSSCM. Semoga terus ditetapkan hati dalam perjuangan agama bangsa dan negara ini. 

Bersama dan Bersatu


*upcoming event di utp pulak:  Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM 1 Muharram 1433 H ^^

1 Zulhijjah 1432 H



Hari ini 1 Zulhijjah 1432 H. sampai sudah kita ke akhiran bulan untuk tahun 1432 H. kepada jemaah-jemaah haji yang akan menemui Allah swt di Tanah Suci, Selamat Menunaikan Ibadah haji. Semoga pulang bersama haji yang mambrur =). Doakanlah keselamatan umat islam kesemuanya.


Salam alaik buat semua :)


*teringin nya nak pergi. bila la dapat pergi kan.hee


Hujan rahmat dipetang hari

Benarlah kata-kata orang tua, hidup ibarat roda. Ada masa di atas dan ada ketika ia di bawah. Sentiasa berputar mengikut masa dan ketika. Tetapi kita terlupa, roda itu ada yang menggerakkan nya. Walaupunia berputar pada putaran yang sama, tetapi jalannya tak selalunya rata. Setiap jalan memberi bekas kepada roda, sebagai tanda ingatan jalan yang ditempuh. Berputarlah mengikut putaranNya. Namun, satu roda tetap tidak membawa makna.


Malam ini begitu dingin sekali. Bumi yang basah dihujani air, angin mengambil tugas meniupkan tanah tandus ini. Kegelapan malam begitu indah jika ditafsir mengunakan akal. Di kala siang, cahaya nya menyinari pelusuk alam. Di kala malam, bintang-bintang menemani hati. Mengapa siang tidak kelihatan sang bintang? Mungkin yang indah itu hadir ketika kegelapan. Mungkinkah dikala siang ia menyendiri? Sebenar sahabat seperti bintang, ada diwaktu siang tetapi tidak kelihatan, dikala kegelapan malam  ia hadir menyumbang cahaya. Benarlah kata orang-orang tua, teman gembira mudah dicari, teman menangis mungkin sesekali. 






ukirlah senyuman di malam hari, cahaya pagi sedang menanti..berselimut, selamat malam

Friday, October 28, 2011

Kelebihan ilmu

Kelebihan Ilmu


Sempena hari Jumaat yang penuh dengan berkah dan rahmat, suka saya berkongsi sekadar pengetahuan yang ada mengenai kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah kepada orang-orang yang berilmu. Disampaikan melalui Jibril as kepada Rasulullah Saw dalam kitab Al-quran menceritakan tentang kelebihan orang-orang yang berilmu:


Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Mujaadalah: ayat 11, tafsirnya: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat".


Kelebihan orang yang berilmu sudah tentu tidak sama dengan orang yang jahil. Perbezaan tahap ilmu setiap insan membezakan tahap pemikiran dan keimanan mereka. Ini kerana untuk mencapai atau memperoleh iman, maka seseorang manusia itu wajib untuk berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya. Maka untuk itu, usaha perlu disertakan dengan ilmu dan amal.


Kelebihan orang-orang yang berilmu banyak diceritakan dalam hadis-hadis Rasulullah saw dan dinukilkan oleh sahabat-sahabat yang empat. Antaranya ialah:


Pewaris para nabi
sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh abu Daud dan Tarmizi, " orang-orang yg berilmu adalah pewaris para nabi"



Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah saw, riwayat Abu Naim drp Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kpd raja" 



Jika dikaji dengan lebih mendalam mengenai ilmu, maka ilmu hanya lah sekadar pengetahuan yang mana tidak boleh memberi bekas (tak dak kuasa). Maka yang mempunyai kuasa itu hanyalah Allah swt, sesungguhNya Dia lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  Tetapi apakah kelebihan sesuatu ilmu itu sendiri? Maka tidak lain kelebihan itu terletak kepada keberkatan sesuatu ilmu. 


Ketinggian ilmu tidaklah bererti tingginya iman seseorang manusia. Ini kerana iman adalah kurnia Allah kepada mereka-mereka yang Allah swt kehendaki. Seperti yang dituliskan pada permulaan entri, untuk mencapai/ memperoleh iman, maka usaha-usaha ke arah itu perlu disertakan dengan ilmu. Maka dengan beramal dengan ilmu yang ada berkat, walaupun amalannya tidak banyak tetapi dapat memberi bekas ke dalam hati pengamalnya. Ilmu yang ada berkat perlu kepada Guru-guru yang ada salasilah perguruannya, yang sampai sanad nya kepada Rasulullah saw, yang ada perhubungannya kepada Allah swt dan Rasulullah saw. 


Maka guru-guru yang mempunyai salasilah/susur galur ilmu yang sampai kepada Rasulullah saw ini, adalah Guru-guru yang membawa ilmu/amanah yang mana Allah swt mengurniakan keberkatan ke atas diri mereka. Sebuah hadis menceritakann sekiranya kita hadir bersama-sama orang yang ada berkat, maka keberkatannya itu akan terlimpah kepada mereka yang ada disekelilingnya. Apatah lagi jika kita mengamalkan ilmu yang ada keberkatan, maka dengan keberkatan itu kita memperoleh keuntungan dan kelebihan, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. 


“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” (Diriwayatkan oleh Muslim).


Tetapi untuk mendapatkan kesempurnaan dalam melakukan ilmu(amal dan ibadat),  maka pelbagai proses perlu dilalui oleh setiap insan. Ini kerana tidak ada jalan pintas (short cut) untuk kita memahami agama Islam dan mencapai tahap keimanan secara terus. Maka dengan melalui dugaan dan ujian yang dikurniakan oleh Allah swt, tingkatan ilmu itu akan berubah dari satu peringkat ke satu peringkat mengikut fitrah insan tersebut. Ilmu yaqin--> ainul yaqin-->haqqul yaqin-->kamalul yaqin (proses yang perlu dilalui).


Untuk itu, kita janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan
yang mudah. Sebaliknya, setiap insan yang bercita-cita untuk menuju ke hadrat Allah swt, perlulah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut masa, tenaga, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak perngorbanan. Baginda Rasulullah saw menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda:


"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah  swt akan memudahkan baginya jalan ke syurga" (hadis riwayat Muslim)


Maka orang-orang yang berilmu, yang mana mereka telah melalui proses dan beroleh nikmat/kesan ke atas ilmu yang telah diamalkan, maka mereka di ibaratkan seperti sebuah pohon. Yang mana mereka menjadi tempat teduh kepada manusia lain. Dan sekiranya mereka beriman, maka mereka bukan sahaja menjadi pohon, malah menjadi pulau yang mana ramai manusia mendapat manfaat dari mereka.


Pesan saidina Ali karamullahu wajhah,
Untuk selamat fitnah di akhir zaman ini, dalamlah fahaman agama, dan bodohkan diri.


Semoga memberi manfaat. As-salam :)

Thursday, October 27, 2011

Kata-kata hikmah ulama berjiwa panglima



Jika mengharapkan pandangan dunia, dapat dunia

 Jangan salahkan apa yang berlaku, tetapi buat yang betul

 Berani, yakin dan percaya kepada Allah adalah jalan mencapai iman. tetapi perlu ikhtiar dan usaha. untuk usaha, kena ada ilmu.

 Berbaik sangka sesama manusia, tetapi berhati-hati

 Jangan selalu berselisih pendapat, kelak membawa selisih di hati

 Mengenang jasa adalah perkara pokok, bukan ranting

 Benar, amanah dan tauhidkan hati kepada Allah

 Buangkanlah segala perasaan yang buruk di dalam hati, letak Rasulullah di hadapan.

YM GU DHMKS

Tawassul Part 3


Pandangan Ulama Madzhab

Pada suatu hari ketika kholifah Abbasiah Al-Mansur datang ke Madinah dan bertemu dengan Imam Malik, maka beliau bertanya:"Kalau aku berziarah ke kubur nabi, apakah menghadap kubur atau qiblat? Imam Malik menjawab:"Bagaimana engkau palingkan wajahmu dari (Rasulullah) padahal ia perantaramu dan perantara bapakmu Adam kepada Allah, sebaiknya menghadaplah kepadanya dan mintalah syafaat maka Allah akan memberimu syafaat". (Al-Syifa' karangan Qadli 'Iyad al-Maliki jus: 2 hal: 32).

Demikian juga ketika Imam Ahmad Bin Hambal bertawassul kepada Imam Syafi’i dalam doanya, maka anaknya yang bernama Abdullah heran seraya bertanya kepada bapaknya, maka Imam Ahmad menjawab :"Syafii ibarat matahagi bagi manusia dan ibarat sehat bagi badan kita"

 (شواهد الحق ليوسف بن إسماعيل النبهانى ص:166)

Demikian juga perkataan imam syafi’i dalam salah satu syairnya:

آل النبى ذريعتى # وهم إليه وسيلتى
أرجو بهم أعطى غدا # بيدى اليمن صحيفتى
(العواصق المحرقة لأحمد بن حجر المكى ص:180)  
"Keluarga nabi adalah familiku, Mereka perantaraku kepadanya (Muhammad), aku berharap melalui mereka, agar aku menerima buku perhitunganku di hari kiamat nanti dengan tangan kananku"

Pandangan Imam Taqyuddin Assubuky
Beliau memperbolehkan dan mengatakan bahwa tawassul dan isti’anah  adalah sesuatu yang baik dan dipraktekkan oleh para nabi dan rosul, salafussholeh, para ulama,’ serta  kalangan umum umat islam dan tidak ada yang mengingkari perbuatan tersebut sampai datang seorang ulama’ yang mengatakan bahwa tawassul adalah sesuatu yang bid’ah. (Syifa’ Assaqom  hal 160)

Pandangan Ibnu Taimiyah
Syekh Ibnu Taimiyah dalam sebagian kitabnya memperbolehkan tawassul kepada nabi Muhammad SAW tanpa membedakan apakah Beliau masih hidup atau sudah meninggal. Beliau berkata : “Dengan demikian, diperbolehkan tawassul kepada nabi Muhammad SAW dalam doa, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Turmudzi :

أن النبي علم شخصا أن يقول : اللهم إنى أسألك وأتوسل إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إنى أتوجه بك إلى ربك فيجلى حاجتى ليقضيها فشفعه فيّ (أخرجه الترميذى وصححه).

Rasulullah s.a.w. mengajari seseorang berdoa: (artinya)"Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dan bertwassul kepadamu melalui nabiMu Muhammad yang penuh kasih, wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawassul denganmu kepada Allah agar dimudahkan kebutuhanku maka berilah aku sya'faat". Tawassul seperti ini adalah bagus (fatawa Ibnu Taimiyah jilid 3 halaman 276)

Pandangan Imam Syaukani

Beliau mengatakan bahwa tawassul kepada nabi Muhammad SAW  ataupun kepada yang lain ( orang sholeh),  baik pada masa hidupnya  maupun  setelah meninggal  adalah merupakan ijma’ para shohabat.

Tawassul Part 2

Dalil dari alqur’an.

1.    Allah SWT berfirman dalam surat Almaidah, 35 :
ياأيها الذين آمنوااتقواالله  وابتغوا إليه الوسيلة
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."
Suat Al-Isra', 57:


 أُولَـئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُوراً  
17.
57. Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka [857] siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti. [857] Maksudnya: Nabi Isa a.s., para malaikat dan 'Uzair yang mereka sembah itu menyeru dan mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah.
Lafadl Alwasilah  dalam ayat ini adalah umum,  yang berarti mencakup tawassul terhadap dzat para nabi dan orang-orang sholeh baik yang masih hidup maupun yang sudah mati, ataupun tawassul terhadap amal perbuatan yang baik.

2. Wasilah dalam berdoa sebetulnya sudah diperintahkan sejak jaman sebelum Nabi Muhammad SAW. QS 12:97 mengkisahkan saudara-saudara Nabi Yusuf AS yang memohon ampunan kepada Allah SWT melalui perantara ayahandanya yang juga Nabi dan Rasul, yakni N. Ya'qub AS. Dan beliau sebagai Nabi sekaligus ayah ternyata tidak menolak permintaan ini, bahkan menyanggupi untuk memintakan ampunan untuk putera-puteranya (QS 12:98).


قَالُواْ يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ.  قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّيَ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
97. Mereka berkata: "Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)".
98. N. Ya'qub berkata: "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Di sini nampak jelas bahwa sudah sangat lumrah memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menggunakan perantara orang yang mulia kedudukannya di sisi Allah SWT. Bahkan QS 17:57 dengan jelas mengistilahkan "ayyuhum aqrabu", yakni memilih orang yang lebih dekat (kepada Allah SWT) ketika berwasilah.

3. Ummat Nabi Musa AS berdoa menginginkan selamat dari adzab Allah SWT dengan meminta bantuan Nabi Musa AS agar berdoa kepada Allah SWT untuk mereka. Bahkan secara eksplisit menyebutkan kedudukan N. Musa AS (sebagai Nabi dan Utusan Allah SWT) sebagai wasilah terkabulnya doa mereka. Hal ini ditegaskan QS 7:134 dengan istilahبِمَا عَهِدَ عِندَكَDengan (perantaraan) sesuatu yang diketahui Allah ada pada sisimu (kenabian).
Demikian pula hal yang dialami oleh Nabi Adam AS, sebagaimana QS 2:37


فَتَلَقَّى آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Kemudian Nabi Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."Kalimat yang dimaksud di atas, sebagaimana diterangkan oleh ahli tafsir berdasarkan sejumlah hadits adalah tawassul kepada Nabi Muhammad SAW, yang sekalipun belum lahir namun sudah dikenalkan namanya oleh Allah SWT, sebagai nabi akhir zaman.

4. Bertawassul ini juga diajarkan oleh Allah SWT di QS 4:64 bahkan dengan janji taubat mereka pasti akan diterima. Syaratnya, yakni mereka harus datang ke hadapan Rasulullah dan memohon ampun kepada Allah SWT di hadapan Rasulullah SAW yang juga mendoakannya.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُواْ أَنفُسَهُمْ جَآؤُوكَ فَاسْتَغْفَرُواْ اللّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُواْ اللّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

"Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

B. Dalil dari hadis.   
a. Tawassul kepada nabi Muhammad SAW sebelum lahir

Sebagaimana nabi Adam AS pernah melakukan tawassul kepada nabi Muhammad SAW. Imam Hakim Annisabur meriwayatkan dari Umar berkata, bahwa Nabi bersabda :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لما اقترف آدم الخطيئة قال : يا ربى ! إنى أسألك بحق محمد لما غفرتنى فقال الله : يا آدم كيف عرفت محمدا ولم أخلقه قال : يا ربى لأنك لما خلقتنى بيدك ونفخت فيّ من روحك رفعت رأسى فرأيت على قوائم العرش مكتوبا لاإله إلا الله محمد رسول الله فعلمت أنك لم تضف إلى إسمك إلا أحب الخلق إليك فقال الله : صدقت يا آدم إنه لأحب الخلق إلي، ادعنى بحقه فقد غفرت لك، ولولا محمد ما خلقتك (أخرجه الحاكم فى المستدرك وصححه ج : 2 ص: 615)
"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ketika Adam melakukan kesalahan, lalu ia berkata Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memintaMu melalui Muhammad agar Kau ampuni diriku". Lalu Allah berfirman:"Wahai Adam, darimana engkau tahu Muhammad padahal belum aku jadikan?" Adam menjawab:"Ya Tuhanku ketika Engkau ciptakan diriku dengan tanganMu dan Engkau hembuskan ke dalamku sebagian dari ruhMu, maka aku angkat kepalaku dan aku melihat di atas tiang-tiang Arash tertulis "Laailaaha illallaah muhamadun rasulullah" maka aku mengerti bahwa Engkau tidak akan mencantumkan sesuatu kepada namaMu kecuali nama mahluk yang paling Engkau cintai". Allah menjawab:"Benar Adam, sesungguhnya ia adalah mahluk yang paling Aku cintai, bredoalah dengan melaluinya maka Aku telah mengampunimu, dan andaikan tidak ada Muhammad maka tidaklah Aku menciptakanmu"

Imam Hakim berkata bahwa hadis ini adalah shohih dari segi sanadnya. Demikian juga Imam Baihaqi dalam kitabnya Dalail Annubuwwah, Imam Qostholany dalam kitabnya Almawahib 2/392 , Imam Zarqoni dalam kitabnya Syarkhu Almawahib Laduniyyah 1/62, Imam Subuki dalam kitabnya Shifa’ Assaqom dan Imam Suyuti dalam kitabnya Khosois Annubuwah, mereka semua mengatakan bahwa hadis ini  adalah shohih.

Dan dalam riwayat lain, Imam Hakim meriwayatkan  dari Ibnu Abbas  dengan redaksi :


فلولا محمد ما خلقت آدم ولا الجنة ولا النار (أخرجه الحاكم فى المستدرك ج: 2 وص:615)

Beliau mengatakan bahwa hadis ini adalah shohih segi sanad, demikian juga Syekh Islam Albulqini dalam fatawanya mengatakan bahwa ini adalah shohih, dan Syekh Ibnu Jauzi  memaparkan dalam permulaan kitabnya Alwafa’ , dan dinukil oleh Ibnu Kastir dalam kitabnya Bidayah Wannihayah 1/180.

Walaupun dalam menghukumi hadis ini tidak ada kesamaan dalam pandangan ulama’, hal ini disebabkan perbedaan mereka dalam jarkh wattta’dil (penilaian kuat dan tidak) terhadap seorang rowi, akan tetapi dapat diambil kesimpulan bahwa tawassul terhadap Nabi Muhammad SAW adalah boleh. 


b. Tawassul kepada nabi Muhammad SAW dalam masa hidupnya.

Diriwatyatkan oleh Imam Hakim :

عن عثمان بن حنيف قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم وجاءه رجل ضرير
فشكا إليه ذهاب بصره، فقال : يا رسول الله ! ليس لى قائد وقد شق علي فقال  رسول الله عليه وسلم : :ائت الميضاة فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قل : اللهم إنى أسألك وأتوجه إليك لنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إنى أتوجه بك إلى ربك فيجلى لى عن بصرى، اللهم شفعه فيّ وشفعنى فى نفسى، قال عثمان : فوالله ما تفرقنا ولا طال بنا الحديث حتى دخل الرجل وكأنه لم يكن به ضر.  (أخرجه الحاكم فى المستدرك) 

Dari Utsman bin Hunaif: "Suatu hari seorang yang lemah dan buta datang kepada Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai orang yang menuntunku dan aku merasa berat" Rasulullah berkata"Ambillah air wudlu, lalu beliau berwudlu dan sholat dua rakaat, dan berkata:"bacalah doa (artinya)" Ya Allah sesungguhnya aku memintaMu dan menghadap kepadaMu melalui nabiMu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepadamu dan minta tuhanmu melaluimu agar dibukakan mataku, Ya Allah berilah ia syafaat untukku dan berilah aku syafaat". Utsman berkata:"Demi Allah kami belum lagi bubar dan belum juga lama pembicaraan kami, orang itu telah datang kembali dengan segar bugar". (Hadist riwayat Hakim di Mustadrak)

Beliau mengatakan bahwa hadis ini adalah shohih  dari segi sanad walaupun Imam Bukhori dan Imam Muslim tidak meriwayatkan dalam kitabnya. Imam Dzahabi mengatakatan bahwa hadis ini adalah shohih, demikian juga Imam Turmudzi dalam kitab Sunannya bab Daa’wat mengatakan bahwa hadis ini adalah hasan shohih ghorib. Dan Imam Mundziri dalam kitabnya Targhib Wat-Tarhib 1/438, mengatakan bahwa hadis ini diriwayatkan oleh Imam Nasai, Ibnu Majah dan Imam Khuzaimah dalam kitab shohihnya.

c. Tawassul kepada nabi Muhammad SAW setelah  meninggal.

Diriwayatkan oleh Imam Addarimi :
عن أبى الجوزاء  أ وس بن عبد الله قال : قحط أهل المدينة قحطا شديدا فشكوا إلى عائشة فقالت : انظروا قبر النبي فاجعلوا منه كوا إلى السماء حتى لا يكون بينه وبين السماء سقف قال : ففعلوا فمطروا مطرا حتى نبت العشب وسمنت الإبل حتى تفتقط من السحم فسمي عام الفتق ( أخرجه الإمام الدارمى ج : 1 ص : 43)
Dari Aus bin Abdullah: "Sautu hari kota Madina mengalami kemarau panjang, lalu datanglah penduduk Madina ke Aisyah (janda Rasulullah s.a.w.) mengadu tentang kesulitan tersebut, lalu Aisyah berkata: "Lihatlah kubur Nabi Muhammad s.a.w. lalu bukalah sehingga tidak ada lagi atap yang menutupinya dan langit terlihat langsung", maka merekapun melakukan itu kemudian turunlah hujan lebat sehingga rumput-rumput tumbuh dan onta pun gemuk, maka disebutlah itu tahun gemuk" (Riwayat Imam Darimi)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhori  :
عن أنس بن مالك إن عمر بن خطاب كان إذا قطحوا استسقى بالعباس بن عبد المطلب فقال : اللهم إنا كنا نتوسل إليك بنبينا فتسقينا وإنا ننتوسل إليك بعم نبينا فاسقنا قال : فيسقون (أخرجه الإمام البخارى فى صحيحه ج: 1 ص:137 )
Riwayat Bukhari: dari Anas bin malik bahwa Umar bin Khattab ketika menghadapi kemarau panjang, mereka meminta hujan melalui Abbas bin Abdul Muttalib, lalu Abbas berkata:"Ya Tuhanku sesungguhkan kami bertawassul (berperantara) kepadamu melalui nabi kami maka turunkanlah hujan dan kami bertawassul dengan paman nabi kami maka turunkanlau hujan kepada, lalu turunlah hujan.

d. Nabi Muhammad SAW melakukan tawassul .
عن أبى سعيد الحذري قال : رسول الله صلى الله عليه وسلم : من خرج من بيته إلى الصلاة، فقال : اللهم إنى أسألك بحق السائلين عليك وبحق ممشاى هذا فإنى لم أخرج شرا ولا بطرا ولا رياءا ولا سمعة، خرجت إتقاء شخطك وابتغاء مرضاتك فأسألك أن تعيذنى من النار، وأن تغفر لى ذنوبى، إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت، أقبل الله بوجهه واستغفر له سبعون ألف ملك (أخرجه بن ماجه وأحمد وبن حزيمة وأبو نعيم وبن سنى).

Dari Abi Said al-Khudri: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barangsiapa keluar dari rumahnya untuk melaksanakan sholat, lalu ia berdoa: (artinya) Ya Allah sesungguhnya aku memintamu melalui orang-orang yang memintamu dan melalui langkahku ini, bahwa aku tidak keluar untuk kejelekan, untuk kekerasan, untuk riya dan sombong, aku keluar karena takut murkaMu dan karena mencari ridlaMu, maka aku memintaMu agar Kau selamatkan dari neraka, agar Kau ampuni dosaku sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali diriMu", maka Allah akan menerimanya dan seribu malaikat memintakan ampunan untuknya". (Riwayat Ibnu Majad dll.).

Imam Mundziri mengatakan bahwa hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dengan sanad yang ma'qool, akan tetap Alhafidz Abu Hasan mengatakan bahwa hadis ini adalah hasan.( Targhib Wattarhib 2/ 119).

Alhafidz Ibnu Hajar mengatakan bahwa hadis ini adalah hasan dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Abu Na’im dan Ibnu Sunni.(Nataaij Alafkar 1/272).

Imam Al I’roqi dalam mentakhrij hadis ini  dikitab Ikhya’ Ulumiddin mengatakan bahwa hadis ini adalah hasan, (1/323).
Imam Bushoiri  mengatakan bahwa hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan hadis ini shohih, (Mishbah Alzujajah 1/98).

Tawassul Part 1


Pengertian Tawassul
Tawassul adalah mengambil sarana/wasilah agar do’a atau ibadahnya dapat lebih diterima dan dikabulkan. Al-wasilah menurut bahasa berarti segala hal yang dapat menyampaikan dan mendekatkan kepada sesuatu. Bentuk jamaknya adalah wasaa-il (An-Nihayah fil Gharibil Hadiit wal Atsar :v/185 Ibnul Atsir). Sedang menurut istilah syari’at,al-wasilah yang diperintahkan dalam al-Qur’an adalah segala hal yang dapat mendekatkan seseorang kepada Allah Ta’ala, yaitu berupa amal ketaatan yang disyariatkan. (Tafsir Ath-Thabari IV/567 dan Tafsir Ibnu Katsir III/103)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diti kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung.” (Qs.Al-Maidah:35)
Pengertian Tawassul

Pemahaman tawassul sebagaimana yang dipahami oleh umat islam selama ini adalah bahwa Tawassul adalah berdoa kepada Allah melalui suatu perantara, baik perantara tersebut berupa amal baik kita ataupun melalui orang sholeh yang kita anggap mempunyai posisi lebih dekat kepada Allah. Jadi tawassul merupakan pintu dan perantara doa untuk menuju Allah SWT.

•    Orang yang bertawassul dalam berdoa kepada  Allah menjadikan perantaraan berupa sesuatu yang dicintainya dan dengan berkeyakinan bahwa Allah SWT juga mencintai perantaraan tersebut.


•    Orang yang bertawassul tidak boleh berkeyakinan bahwa perantaranya kepada Allah bisa memberi manfaat dan madlorot kepadanya da. Jika ia berkeyakinan bahwa sesuatu yang dijadikan perantaraan menuju Allah SWT itu bisa memberi manfaat dan madlorot, maka dia telah melakukan perbuatan syirik, karena yang bisa memberi manfaat dan madlorot sesungguhnya hanyalah Allah semata.


•    Tawassul merupakan salah satu cara dalam berdoa. Banyak sekali cara untuk berdo'a agar dikabulkan Allah, seperti berdoa di sepertiga malam terakhir, berdoa di Maqam Multazam, berdoa dengan mendahuluinya dengan bacaan alhamdulillah dan sholawat  dan meminta doa kepada orang sholeh. Demikian juga tawassul adalah salah satu usaha agar do'a yang kita panjatkan diterima dan dikabulkan Allah s.w.t.  Dengan demikian, tawasul adalah alternatif dalam berdoa dan bukan merupakan keharusan. 

Cincin Nabi Muhammad SAW

Hadis Nabi S.A.W:

Ertinya:
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA

Katanya:
"Adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah".

Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut.
Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.

KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W

Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya,


"Adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu.

Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu, tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi.
Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa"

Maka sejenak dari hilangnya cincin Nabi itu, keadaan menjadi huru hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat.

Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS,
iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya.

Cincin Nabi Sulaiman


Wahab bin Munbih mengatakan bahwa cincin Sulaiman as berasal dari langit yang memiliki empat sisi. 
Diantara sisinya tertulis kata “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa Syariika Lahu Muhammadun Abduhu wa Rosuuluhu, artinya : ‘Tidak ada tuhan selain Allah tidak ada sekutu bagi-Nya. Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya” Pada sisi kedua tertulis,”Allahumma Maalikal Mulki Tu’til Mulka Man Tasya wa Tanzi’ul Mulka Man Tasya wa Tu’izzu Man Tasya wa Tuzillu Man Tasya, artinya : ‘Wahai Allah Raja yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kekuasaan kepada yang Engkau kehendaki, Engkau cabut (kekuasaan) dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki” Pada sisi ketiga tertulis,”Kullu syai’in Haalikun Illalloh. Artinya : ‘Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah.” Dan pada sisi keempat tertulis,”Tabarokta Ilahiy Laa Syariika Laka. artinya : ‘Maha suci Engkau wahai Tuhanku yang tidak ada sekutu bagi-Mu.” Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan.
Dia juga mengisahkan bahwa suatu hari Sulaiman hendak berwudhu maka ia menyerahkan cincinnya itu kepadanya (budak perempuannya yang bernama Aminah). Ketika itu ada jin yang bernama Sokhr yang mendahului Sulaiman masuk ke tempat wudhu dan bersembunyi dibalik pintu. Tatkala Sulaiman memasuki tempat wudhu untuk menunaikan keperluannya lalu setan itu keluar dari dalam tempat wudhu dengan menyerupai wajah Sulaiman sambil mengibas-ngibas jenggotnya yang bekas wudhu dan tidak berbeda sama sekali dengan Sulaiman dan mengatakan –kepada Aminah,”Cincinku wahai Aminah.” Aminah pun memberikan cincin tersebut kepadanya dan dia meyakini bahwa ia adalah Sulaiman maka cincin itu pun berada di tangannya. Lantas dia pun duduk di singgasana Sulaiman sehingga golongan burung, jin, setan pun tunduk kepadanya.
Tak berapa lama Sulaiman as selesai berwudhu dan mengatakan kepada Aminah,”Cincinku.” Aminah pun bertanya,”Siapa anda?” Dia menjawab,”Aku Sulaiman bin Daud.” Dan tampak terdapat perubahan pada penampilannya. Aminah berkata,”Engkau bohong, sesungguhnya Sulaiman telah mengambil cincinnya dan saat ini dia tengah duduk di singgasanan kerajaannya.” Maka tahulah Sulaiman bahwa dia telah mendapati suatu kesalahan.” (Mukhtashor Tarikh Dimasyq juz III hal 379)
Kemudian Sulaiman pun berlari ke padang tandus hingga pada suatu ketika ia merasa sangat lapar dan dahaga. Dan terkadang ia meminta kepada orang-orang agar memberikannya makanan sambil mengatakan,”Aku Sulaiman bin Daud.” Namun orang-orang tidak mempercayainya. Sulaiman berada dalam keadaan lapar dan tanpa tutup kepala ini selama 40 hari.
Sampailah Sulaiman di tepi pantai dan dia menyaksikan sekelompok nelayan lalu ia pun menghampiri dan bekerja bersama mereka sebagai seorang nelayan. Kemudian Asif bin Barkhoya berkata,”Wahai orang-orang Bani Israil sesungguhnya cincin Sulaiman telah dicuri oleh sekelompok setan dan sesungguhnya Sulaiman telah pergi dengan ketakuan diwajahnya.” Tatkala setan yang duduk di singgasana itu mendengar perkataan tersebut maka ia pun pergi menuju lautan dengan perasaan takut dan membuangnya. Cinicin yang dibuang itu lalu dimakan oleh ikan salmon yang kemudian ikan itu dijaring oleh Sulaiman dengan izin Allah swt.
Dan ketika Sulaiman menyembelih perut ikan tersebut maka ia mendapati cincinnya berada didalamnya lalu dia pun memakainya di jarinya dan bersujud syukur kepada Allah swt. Setelah itu dia kembali ke singgasananya dan duduk diatasnya sebagaimana disebutkan didalam firman Allah swt :
وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ
Artinya : “dan Sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertaubat.” (QS. Shaad : 34) – (Bada’i az Zuhur fii Waqo’i ad Duhur juz I hal 85)

Tabut As-sakinah

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248:

"Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: 'Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman"

Sunday, May 29, 2011

Syukur dan Sabar :)



"Syukur adalah kamu melihat segala sesuatu sebagai milik-Nya dan berasal dari-Nya,
 
sedangkan sabar adalah kamu menyerahkan segala sesuatu kepada-Nya setelah kamu

 merasakannya. Dalam syukur, kamu memandang bahawa segala nikmat berasal dari-Nya,

 sementara dalam sabar, jiwamu merasakan bahawa Allah tidak meninggalkanmu." 


[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahukan, jika kalian bersyukur niscaya Aku akan tambah (nikmat itu) bagi kalian, dan jika kalian kufur, maka sesungguhnya siksa Ku amat pedih.” 
[Surah Ibrahim: 7]

Saturday, May 21, 2011

Dunia menyembah syaitan

Kerajaan Amerika dan Dunia menyembah syaitan!



Gambar Presiden Amerika Pertama, George Washington yang penuh dengan simbolik Freemason dan Illuminati

Presiden Amerika yg pertama (1789 to 1797) George Washington diingati oleh rakyatnya dgn gelaran"Father of Our Country" dan bagi memperingatinya kerajaan Amerika membina tugu pada 1841. Ia kemudiannya menjadi kontrovesi kerana ia separuh bogel!!! menambah kontrovesi adalah gaya tugu itu ygsemacam dgn gaya potret baphomet syaitan yg dipuja oleh kumpulan rahsia yg menyembah syaitan!!!benarkah kerajaan Amerika serta presidennya menyembah syaitan? fikirkan sendiri..

Tugu George Washington menimbulkan kontrovesi kerana berpakaian hanya menutup kain dari pinggang ke bawah .Hairan kenape tak berbaju, kenape mesti memilih berpakaian begitu dan satu lagi kenape gayanya seperti dlm potret baphomet? mungkin kebetulan kot.. banyak lagi bukti2 yg menunjukkan perkaitan kerajaan Amerika dgn pertubuhan2 rahsia yg menyembah syaitan!