Wednesday, November 2, 2011

Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti




Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti


Cuaca di UTP kini tidak menentu. Di pagi hari cuaca amat panas terik, disusuli petang dengan hujan yang lebat. Boleh dikatakan hampir setiap hari begini. Tapi ini semua pemberian dari Allah, semoga hujan ini membawa Rahmat dari Ilahi. Hari ini penuh bermakna buat diri ini dan aku percaya buat semua ahli Silat Cekak. Pada malam ini akan diadakan tahlil untuk pengasas agung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, YM Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986 bersamaan 7 Zulhijjah 1406. 


Pengasas PSSCM, Ustaz Hanafi bin Ahmad
YM Almarhum Ustaz Hanafi 

Nama Hanafi bin Ahmad mungkin tidak semasyhur tokoh-tokoh pejuang bangsa yang lain. Nama beliau tidak lah terkenal seperti artis-artis di Malaysia ini. Namun, bagi ahli-ahli PSSCM, aku percaya dan yakin, nama beliau cukup disegani dan dihormati. Ini kerana jasa dan pengorbanan beliau dalam mendidik anak bangsa nya sendiri sehingga mengorbankan hampir keseluruhan hidup beliau dalam mengembangkan seni pusaka Silat Cekak. 

Sedikit maklumat mengenai Almarhum Ustaz Hanafi:
(Dipetik dari laman rasmi PSSCM: http://www.silatcekak.org.my)

Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).

Menyingkap semula zaman mudanya, Ustaz Hj Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim.

Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.

Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.

Menyingkap kata-kata hikmat beliau:

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Boleh jadi yang kamu sangat benci itu adalah mempunyai kebaikan bagi kamu, boleh jadi pula apa yang kamu tersangat berkenaan itu memudaratkan bagi kamu."


Seorang ulama berjiwa panglima, berpandangan jauh, mempunyai semangat kebangsaan yang cukup tinggi dan disegani. Tiada kata untuk saya menggambarkan keperibadian beliau. Bukan taksub, tapi kagum. Di kacamata saya, Ustaz Hanafi ini merupakan seorang yang bijaksana dan berjaya kerana melalui budaya beliau telah berjaya mendidik ramai ahli-ahli Silat Cekak ke arah kebaikkan dan kejayaan. Ini bukan cerita tapi ini sejarah dan ada bukti yang nyata. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh almarhum ustaz Haji hanafi. Al-fatihah

*terima kasih ustaz walaupun tidak sesaat pernah bersua =)

Sebenar Guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan Isyarat

    

1 comment:

fishies said...

sini pun ujan lebat.
timing sangat tepat! tyme pergi kije. tyme balik kije. hehehe

:D