Tuesday, April 24, 2012

Hiasan Dunia Tinggi Nilainya

Assalamualaikum wbt,

Kecantikkan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah. Diciptakan dari rusuk Adam, maka lahirlah Hawa yang sentiasa menjadi peneman dan pembantu yang setia. Ciptaan Allah SWT Yang Maha Sempurna, segala sifatnya dibuktikan kepada mereka yang melihat dengan izin Nya.

Menurut hadis Rasulullah SAW, wanita ini diibaratkan seperti tulang yang bengkok. Jika ingin diluruskan maka patah la ia. Jika tidak dilentur, bengkok la ia selamanya. Hari ini tidak ramai wanita yang mengetahui kelebihan yang Allah SWT telah kurniakan kepada diri mereka. Sesungguhnya, kedudukkan wanita di sisi Islam sangat lah tinggi sehingga Allah SWT telah meletakkan martabat seorang ibu itu lebih tinggi dari seorang bapa.

Jika dikaji dengan teliti, mengapa hanya wanita sahaja yang dikurniakan rahim. Dan mengapa dipanggil rahim, mengapa setiap manusia yang ingin lahir ke dunia perlu melalui rahim itu. Bukankah ar-Rahim itu adalah sifat Allah SWT yang bererti yang Maha Penyayang. Maka Allah swt telah meminjamkan sebahagian sifatNya itu kepada kaum Hawa sebagai tanda kasih Nya kepada kita. Tidak hairanlah mengapa seorang ibu sangat kasih dan sayang kepada anaknya. Maka, menjadi tanggungjawab kepada diri mereka untuk mempertahankan kurnia itu kerana setiap kurnia dan amanah itu pasti akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Begitu Pemurah nya Allah SWT. Dikurniakan juga seorang wanita itu sifat kelembutan. Jika dikaji, fitrah seorang wanita itu, suka kepada kelembutan, perlahan-lahan, sabar, berkasih sayang dan penuh dengan kemaafan di dalam diri mereka. Hati mereka mudah tersentuh dan suka kepada kelembutan. Bukankah Allah SWT itu Maha Lemah Lembut dan cinta kepada mereka yang bersifat lemah lembut. Maka, dipinjam kan juga sifat-sifat itu kepada wanita supaya lebih kenal mereka kepada Pencipta mereka. Maha Suci Allah dari segala sesuatu yang disifatkan.

Pelbagai kurnia Allah SWT kepada kaum Hawa ini, menjadikan mereka hiasan dunia yang begitu indah sekali. Di fitrahkan juga kepada kaum Adam untuk suka melihat keindahan dan kecantikkan. Atas sifat kasih Allah SWT kepada hamba-hambanya, supaya mereka tidak melampaui batas, maka dijadikan Aurat ke atas diri Adam dan Hawa. Persoalan yang lain, Apakah aurat itu sekadar memakai pakaian menutup badan? 

Aurat juga hiasan seorang wanita. Berhati-hatilah dalam menjaga aurat kerana Iblis sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkannya.Tetapi aurat itu bukanlah sekadar memakai baju yang lebar, tudung yang labuh, bahkan ia lebih dari itu. Aurat yang sebenar adalah perasaan  malu kepada Allah swt di dalam hati untuk melakukan dosa dan maksiat. Maka aurat inilah yang lebih utama untuk dijaga. Maka, dengan sifat malu itu tadi, ditutup lah anggota badannya, dipelihara kehormatan dirinya, tidak terbit nafsu pada dirinya dan kepada sesiapa yang melihatnya. Jika hilang sifat malu itu, maka hilanglah maruah dirinya, datanglah Iblis membisik kepada nya, terbuka lah semua pintu nafsu, hampir lah fitnah kepada dirinya, pada saat itu semua sanggup diberinya. Walaupun seluruh badan dibungkus, tetapi auratnya tetap tidak dipelihara. 

Oleh itu, jangan lah bergantung hati kepada pakaian. Tetapi bergantung hatilah kepada Allah swt supaya mengurniakan perasaan malu untuk melakukan dosa. Menutup aurat itu hanyalah sebagai usaha, tetapi bergantung hatilah kepada Allah. Marilah kita bersama-sama mempertahankan syariat Rasulullah SAW, dan berdoa supaya umat Islam khususnya di Malaysia dipelihara dari dosa zina dan fitnah akhir zaman. 

Dikurniakan ke atas mereka kecantikkan dan keayuan, yang mana apabila sang suami melihat pemandangan yang indah itu, tidak terasa penat dan amanah yang ditanggung olehnya. Begitu lah tinggi darjat seorang wanita di sisi Islam maka jangan lah sesekali merendahkannya. Begitu juga kepada seseorang lelaki, janganlah dipetik selagi belum berkembang, selagi bukan hak, syariat mesti dipelihara.

Wahai wanita-wanita yang Islam muliakan, peliharalah aurat mu, persiapkan lah benteng iman mu, pertahankan diri mu, fitnah semakin berleluasa, masa kian tiada, ingatlah pesan Baginda, tika baginda menziarahi neraka, sebahagian besar penghuninya, terdiri daripada kaum Wanita.

*sekadar pandangan fakir yang hina.jika salah perbetulkan lah hamba.

Perjuangan 3 Ta

Assalamualaikum wbt.


Perjuangan sememang mudah untuk diungkap dengan kata-kata tetapi sukar dan berat untuk diterjemahkan kepada bentuk perbuatan. Perjuangan yang sebenar memerlukan kesanggupan, kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan yang menyeluruh dalam memperjuangkan sesuatu hak, pegangan atau prinsip seseorang individu. Perjuangan diri, keluarga, bangsa, negara dan yang paling tinggi ialah perjuangan menegakkan agama Allah SWT.


Perjuangan memakmurkan agama Allah SWT adalah makam tertinggi kerana perjuangan ini memerlukan keikhlasan dan dilakukan semata-mata mencari redha Allah SWT. Perjuangan ini perlu diisi dengan pengorbanan harta, masa dan tenaga yang banyak dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Maka, barang sesiapa yang meniti perjuangan ini mereka di gelar fisabilillah. Makam fisabilillah ini bukan lah tertumpu kepada jihad di medan peperangan sahaja. Tetapi jihad atau perjuangan sebenar seorang insan adalah mempertahankan agama yang ada pada dirinya dari godaan hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Maka, perjuangan ini adalah lebih utama dan wajib ke atas setiap muslim membuat persediaan menghadapi nya.


Disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:
Rasulullah SAW penah ditanya "Apakah yang lebih besar?" maka Rasulullah SAW menjawab, "seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya"


Perjuangan melawan hawa nafsu adalah bermaksud perjuangan/jihad untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dari sifat-sifat yang keji, dari godaan hawa nafsu dan fitnah-fitnah dunia yang boleh merosakkan agama yang berdiri di dalam hati. Maka wajib ke atas setiap muslim untuk mempertahankan agama dan akidah di dalam hatinya supaya dapat ia sentiasa mentaati Allah SWT. Maka jihad ini adalah jihad agung kerana kerana iman manusia di uji dengan musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia.


Godaan dan ujian ini datang seiring dengan tingkatan iman seseorang itu. Sesiapa yang tinggi imannya, semakin berat dugaan yang dihadapinya. Maka, dengan dugaan itu, Allah SWT mengangkatnya ke tempat yang lebih tinggi dan memperkukuhkan lagi keimanan di hatinya. Dugaan itu pasti akan hadir sekiranya seorang hamba berikhtiar untuk menduduki jalan makrifat yakni ingin menghambakan dan menghampirkan dirinya kepada Allah SWT. Iman nya sering diuji dengan dugaan 3 Ta: takhTA, harTA dan waniTA, untuk membuktikan tahap keimanan nya kepada Allah SWT. Dengan itu, bermulalah perjuangan nya untuk mempertahankan agama dan iman di dalam dirinya untuk menewaskan 3 TA yang pasti kan hadir untuk menguji keutuhan benteng imannya.


Setiap dugaan itu perlulah ditangkis satu per satu. Tetapi bagaimana ingin ditangkis jika tiada alat/ilmu untuk kita menangkisnya. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk membuat persediaan bagi mempertahankan agama yang ada dalam diri kita dari diceroboh oleh musuh yang nyata mahupun yang tidak nyata sebelum kita memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam yang kita sayangi ini. Maka, inilah perjuangan sebenar seorang hamba, yakni membersihkan hati dari penyakit hati serta menyucikan jiwa dari 3 TA.


Jika benar ingin berjuang, siapkan lah diri sekuasa-kuasanya. Pertahankanlah agama dalam diri, dari musuh yang tersembunyi. Utuhkan tugu keimanan, sekalian musuh pasti dapat ditawan. Dengan pimpinan mursyid yang siddik, hati buta menjadi celik, akal sujud kembali cerdik.


*sekadar pandangan seorang hamba yang fakir.

Monday, April 23, 2012

WASIAT RASULULLAH

WASIAT RASULULLAH

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin

Sunday, April 15, 2012

Zaman Jahiliyah versi Kolar Putih

Zaman Jahiliyah versi Kolar Putih

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, masyarakat arab diselubungi dengan kejahilan dan kehinaan sehingga dilabelkan sebagai masyarakat yang hidup di zaman jahiliyah. Kehidupan yang berlandaskan hawa nafsu dan kepentingan duniawi menjadi rutin masyarakat pada waktu itu. Minum arak boleh, berzina boleh, sumbang mahram boleh, membunuh boleh, rasuah makan riba, yang kaya semakin kaya. yang miskin semakin papa ditindas masyarakat "bangsawan" pada waktu itu. Pendek kata, masyarakat hidup dengan membuat undang2 hidup sendiri. Undang2 berlandaskan kuasa dan kemewahan. Kekuasaan dan kekayaan menjadi simbol kuasa, keagungan, darjat dan martabat yang tinggi dan dimuliakan oleh manusia. Bezanya, teknologi pada waktu itu tidak lah seperti hari ini.

Inilah zaman yang disebut sebagai kehidupan zaman jahiliyah. Persoalannya, apakah perbezaan masyrakat dahulu dengan sekarang. Ini lah yang dipanggil zaman jahiliyah versi kolar putih. Mengapa? Cuba kita perhatikan dan renungkan bersama. Hari ini, masyarakat Islam di Malaysia; berzina merata-rata, minum arak menjadi minuman kegemaran, berjudi di mana-mana, membunuh menjadi makanan, fitnah bergelimpangan, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin ditindas. Masyarakat berpecah dan berpuak2, angkara yahudi yang "mulia" dimata masyarakat kita. Di bibir kita membenci, tapi secara tidak sengaja kita menerima cara hidup mereka.

Manusia bergantung hidup kepada benda. (Internet, phone,wang, etc)--> ciptaan siapa? Bukan kah ini yang kita kejar hari-hari? Sistem matawang adalah propaganda yahudi. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai emas,minyak dan hasil bumi yang banyak seperti negara-negara Islam. Dek kerana itu mereka mencipta sistem matawang untuk memperalatkan orang-orang Islam. Sistem riba dan penindasan ditanam dan di amalkan. Yang kaya menindas yang miskin. Maka terhasil la sumber pendapatan yang haram. Maka anak-anak orang Islam membesar dengan sumber yang haram. bagaimana ingin dibentuk akhlak nya? jadi tidak hairanlah lahir masyarakat yang rosak akhlak nya kerana secara tidak sedar, mereka dari kecil di suap dengan sumber yang haram. Secara sedar atau tidak, suka atau tidak kita telah menerima sistem mereka. Melalui internet pelbagai fitnah mereka telah sebarkan, pelbagai maklumat org Islam berada di dalam tangan mereka. 

Cuba kita kaji, sekecil-kecil rumah, di pedalaman kampung juga ada internet. Tidak dinafikan banyak kebaikkan yang diperoleh. tetapi kita perlu berhati-hati kerana ada angkara yang sedang disembunyi. Video Lucah, nyanyian lagu2 yg melalaikan, di tanam fahaman2 yahudi kedalam setiap sudut ruang yang ada supaya penghujung nya manusia meninggalkan budaya dan agama.

Manusia lalai menghabiskan masa, dengan dijanjikan keseronokkan dan kemuliaan. (Fitnah Dajjal: Syurga Dajjal, Neraka orang Mukmin)

Manusia hidup berpuak-puak dan berpecah belah. (parti politik, pembinaan masjid yang banyak) --> ideologi siapa? Yahudi. Bukan kah kerajaan Melayu ditadbir oleh Sultan/ Raja. Seluruh rakyat berbaiah dan memberi daulah kepada raja dengan berjanji taat setia. Sistem beraja mengamalkan konsep satu suara. Apa sahaja yang dititah sultan maka rakyat akan menerima. dan sultan pula akan di nasihat oleh ulul amri atau ulama-ulama supaya keputusan yang dibuat itu sentiasa dalam Redha Allah. Disebabkan itu. Maka rakyat bersatu dibawah pimpinan raja. hari ini? rakyat berpecah kerana perbezaan parti politik. Cuba kita kaji ini angkara siapa? Yahudi. Disebabkan ingin menjatuhkan Islam, maka dari dulu lagi mereka ingin menjatuhkan sistem beraja. dan cuba kita kaji mengapa sekumpulan manusia yang membuat demonstrasi pada hari ini memakai T-shirt bewarna kuning? apa kaitannya? siapa dalangnya?

Mengapa pembinaan masjid begitu banyak selepas kemerdekaan? selepas penjajahan barat? Ini kerana tujuan asal mereka adalah untuk memecahkan umat dan qariah di suatu negeri. Dipecahkan tanah melayu kepada pelbagai negeri. ditanamkan semangat kepuak-puakkan dan suku, supaya kita benci sesama kita. Kita solat, puasa, menunaikan haji, tapi hidup dalam murka Allah. mengapa? kerana kita berpecah belah antara satu sama lain. Ini perintah Allah swt supaya kita beriman dan bersatu di dalam jemaah-Nya.

Firman Allah swt yang bermaksud,

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” Al-Imran: 103

Persoalannya, apakah perbezaan masyarakat jahiliyah dahulu dengan sekarang? sama saja bukan? Tetapi Allah swt tidak zalim kepada kita. Dahulu diturunkan manusia pilihan Rasulullah saw untuk menyatukan umat dan menyelamatkan kembali akidah mereka. sehingga mereka menjadi Jemaah yang kuat dan Rasulullah diangkat dan diterima sebagai Imam mereka. Pada hari ini, siapa yang akan menyelamatkan kita??? (bersambung)..

Friday, March 9, 2012

Hukum alam dan manusia

Hukum alam dan fitrah kejadian

Dalam bala ada nikmat,
Dalam nikmat ada bala

Lihatlah kebaikkan yang ada pada orang lain, 
Maka tak akan terlihat kebaikkan pada diri sendiri

Jangan dilihat kelemahan pada orang lain, 
Maka tak akan terlihat kelemahan pada diri sendiri

Bersyukurlah dengan segala apa yang telah dikurniakan ke atas diri kita, 
Barulah nikmat menjadi kurnia, 

Ramai yang boleh redha dan tenang ketika senang
Sedikit yang redha dan tenang pada ketika susah

Banyak adat menjadi ibadat,
Banyak lagi ibadat yang menjadi adat

Bila ada macam tiada
Bila dah tiada, mengharap ada

Dari mata turun ke hati
Rosak mata rosak lah hati

Yang kaya semakin kaya, 
Yang miskin menjadi papa.

Hak kita tak pernah syukur,
Hak orang asyik disanjung

Bila semua kita
Maka tiadalah Dia.

Berjalan Berfikir Bersyukur 

Kita merancang, Allah swt merancang, tetapi Dia lah sebaik-baik Perancang. 
Alhamdu lillah =)



Saturday, February 18, 2012

Berpegang sungguh Goyang jangan

ihsan google

Ku mulakan pena dengan bismillah,
Agar dikurniakan taufiq dan hidayah
Memandu diri sehina fakir ke jalan keramah
Semoga ilmu bertambah barakah

Bersyukur ilahi menterbit Alhamdulillah
Basah bibir meniti zikrullah
Usah dilupa selawat dan salam
Kasih cinta penghulu alam

Wahai hati-hati yang gundah
Jangan dihias dengan amarah
Nafsu sekali jangan dibuka 
Kelak iblis menggoncang jiwa

Usah dirindu kasih yang jauh
Kenang yang hadir di hadap mata
Nyata dan jelas mesti dahulu
Dihati zahir yang tidak nyata

Bermula satu akhirnya satu
Bermula alif penghujung pun alif
Mengapa tidak kita bersatu
Semua baharu daif belaka

Wahai hati-hati yang sedang resah
Bangunkan jiwa tingkatkan siasah
Perbanyaklah ibadah dan muhasabah
Kebaikkan kebajikan hendak ditambah

Kembalil kan diri pada yang mula
Ikrar kita pada yang Esa
Berpantang Tiga berlarang Dua
Pegang bersungguh bergoncang jangan

Bersyukur diri kepada Empunya
Hamba fakir, jahil dan hina
Menadah tangan lalai dan alpa 
Semoga tuan peroleh kurnia

Monday, December 5, 2011

Doa Hari Asyura

Doa Hari Asyura
Artinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

Ayah dan Ibu



Firman Allah swt:

"Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia.

(Al- Isra': Ayat 23)

Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku di waktu aku kecil"

(Al- Isra': Ayat 24)

Kelebihan Ibu dan Bapa
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." - (Riwayat Ahmad).

Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).

Hadis yang masyhur dan lazim digunakan:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:

Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Karamah ibu dan Hikmah bapa

Sepanjang 22 tahun hidup di bumi ini, segala nikmat dan kebahagiaan hidup yg dikecapi adalah kerana karamah dan hikmah ibu dan bapa. Sempena malam 10 Muharram, hari asyura, hari yang penuh dengan sejarah dan nikmat yang Allah Taala kurnia, marilah kita bersama-sama mendoakan ibu dan bapa kita sebagai tanda terima kasih dan ingatan buat mereka:

Dengan kehendak Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah ya Tuhanku, dengan kemuliaan bulan ini, dengan kemuliaan hari ini, sebagaimana Engkau menerima taubat nabi Adam as pada hari ini, sebagaimana Engkau mengangkat nabi Idris as dan Isa as ke langit pada hari ini, sebagaimana Engkau telah selamatkan nabi Nuh as dari bahteranya pada hari ini, sebagaimana Engkau menyelamatkan nabi Ibrahim as dari pembakaran Raja Namrud pada hari ini, dan sebagaimana Engkau menyelamatkan nabi Musa as di laut merah juga pada hari ini, pada hari ini aku memohon kepada Engkau, ampunkanlah kira nya dosa kedua ibu dan bapaku, kasihanilah mereka dengan sifat rahim Mu Ya Rahim, selamatkanlah kedua ibu dan bapaku di dunia dan di akhirat Ya Muhaimin, limpahkan rahmat dan kesejahteraan hidup ke atas roh dan jasad mereka, serta tempatkan lah mereka di tempat yang tinggi dan tergolong di dalam orang-orang yang memperoleh kejayaan serta kemenangan. Dan aku mohon kepada Engkau Ya A'zim, tolonglah lah aku dalam mentaati kedua ibu dan bapaku, dengan roh dan jasadku. Amiin Ya Tuhan, kabulkanlah permintaan hamba Mu ini yang hina ini.







Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami...dan itulah tempat pulang kami..
Karamah ibu + Hikmah Bapa + Berkat Guru

Thursday, December 1, 2011

Mimpi Di Siang Hari

Mimpi

Cinta adalah amanah dari yang Esa 
Cinta adalah kurnia dari yang Esa
Tanda sifat Ar-Rahim sang Pencipta

Nafsu adalah dugaan dari yang Esa
Nafsu adalah pembisik hati dan jiwa
Tanda hitam pada manusia

Hidup adalah hayat
Hayat adalah hidup
Tak sama pada yang wujud
Tak baharu qadim pun bukan

Yang nyata sembunyi
Yang sembunyi nyata
Kuatkan lah jiwa
Syukur banyak lafaz dan gerak

Pakai tak pakai
Tak pakai pakai
Ilmu ikhlas
Usaha terus doa

"Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya?,dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui(kejahatan hatinya)"

Jika kau dihadapkan dua perkara
Kau tidak tahu mana salah dan mana benar
Hindarkan hawa nafsumu sahaja
Ia hanya membawa orang pada siksa
Jika kau turuti permintaan nafsumu
Keharaman yang lain pasti dia akan minta lagi darimu

Jika kau suka mendapat kepujian
Terkabulnya cita-cita dari rahmat rabbi
Tinggalkan saja keinginan yang buruk ini
Dialah musuh yang lebih memusuhi
Dia selalu minta dan suka
Meskipun telah banyak melakukan dosa
Banyak yang buta kerana dia
Manusia itu adalah Rahsiaku, dan aku adalah RahsiaNya. 


"Kata Saidina Umar as: : "Bagi kau adalah huruf"