Character diri individu mencerminkan falsafah dan prinsip diri individu tersebut. Kadang-kadang agak janggal melihat institusi-institusi yang secara dasarnya beteraskan ilmu dan agama tetapi kesan terhadap amalan tersebut melahirkan sifat-sifat sebaliknya. Acapkali saya melihat sesetengah pihak yang cenderung dalam mengajak manusia ke arah kebaikkan tetapi apabila kaedah yang digunapakai tidak sama dengan mereka, akan di tolak dan di canang dengan keburukkan dan tambah buruk lagi mereka berusaha untuk menjatuhkan institusi tersebut. Saya tertanya-tanya..dakwah apa yang mereka cuba sampaikan?
Dalam mengajak manusia ke arah kebaikkan, ada dua elemen yang sangat penting pada pengamatan saya. Pertama, matlamat dan tujuan kita. Kedua, kaedah yang sesuai atau berhikmah dalam menyampaikan tujuan tersebut. Sekiranya tujuan dan matlamat kita jelas, maka pasti kita akan dapat melihat kaedah yang tepat dalam menyampaikan tujuan kita tersebut. Kita mengajak orang lain membuat kebaikkan, contohnya pergi ke masjid, membaca al-quran, jangan membuat maksiat dll. Bagi mereka yang memang berkendak akan kebaikkan, maka tidak menjadi masalah untuk mengajak. Persoalan mula timbul, macam mana nak ajak yang tak nak? yang mempunyai latar belakang yang gelap? yang kaki botol, kaki judi, kaki betina, mat rempit? adakah kaedah yang sama sesuai? Jangan cerita nak ajak ke masjid? agama pun mereka tak tahu dan tak percaya.
Jadi sekiranya ada pihak yang berusaha bergaul dan berusaha memperbaiki akhlak mereka mengunakan kaedah yang lain..mengapa mereka dikecam dan di label dengan perkataan yang tidak baik? salah ke tidak kan begitu? kita tidak mahu menyampaikan kebaikkan kepada mereka, kita syok cerita agama pada yang dah baik ni, kemudian menganggap diri sebagai pejuang agama. yang teruk-teruk kita hina, bila ada yang nak perbaiki mereka, kita kempen jangan bagi. kita saja yang betol dan boleh menyampaikan kebaikkan.. betul ke kita ni??
" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (An Nahl:125 ﴿
Saya agak terkilan dengan peranan sesetengah pihak yang suka mencanang keburukkan dan tindakkan mereka yang memandang hina golongan ini. Kalau rasa tidak sesuai bawalah berbincang, tiap-tiap kita ada peranan masing-masing. yang penting matlamat dan tujuan kita sama. sebab kaedah yang digunapakai mengunakan Quran dan hadis tetapi disampaikan melalui cara yang berhikmah mengikut kesesuaian ummah pada ketika itu. Cari lah jalan penyatuan bukannya perpecahan.
Suka saya menegur pihak-pihak ni, cubalah kita muhasabah dan mengkaji diri kita. Hari-hari kita berjemaah di masjid, tak cukup dengan itu, ditambah solat malam, puasa sunat, mengajak kebaikkan, tetapi mengapa masih ada penyakit-penyakit hati seperti dengki, busuk hati dan khianat. Malah ada yang memandang diri mulia, riak dan kagum dengan amalan sendiri. Bukankah jika kita benar dalam solat, kita akan mendapat kejayaan bahkan dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar? bagaimana nak mendapat kejayaan hakiki kalau hati masih khianat, membuat fitnah dan dengki. bukankah ini sifat-sifat iblis? hakikatnya, semakin banyak kita beramal, semakin jauh kita dengan Tuhan. Lagi banyak kita beramal, tetapi tiada makna dan kesan kerana kebaikkan tersebut pergi kepada mereka-mereka yang kita hina dan pandang rendah tersebut.
Persoalannya, mengapa apa yang kita canang tidak sama dengan apa yang kita dapat? semakin kita beramal dan berilmu, semakin bertambah penyakit hati. Bukankah sepatutnya semakin tinggi ilmu dan amalan kita, semakin kita merendah diri dan melihat diri kita hina dan jahil. jadi betol ke kita ni? tepuk dada tanyalah selera.
No comments:
Post a Comment