Thursday, November 17, 2011

Grr..

Salam alaik,

Hari ni sangat tenang walaupun banyak kerje nak kena buat. Program yang terdekat lagi seminggu je tinggal. Progress report FYP pon nak kena hantar minggu ni. at the same time ada 2 tests yg sedang menanti. bile free, tersgt lah free, tapi bile banyak kerje, amboiih tak cukup tangan nak buat..hee 

Sambil-sambil buat kerja, as usual, saya online la jugak.. terbaca kat status  kawan-kawan.. "beratnye dugaan mu Tuhan".. bila time ada masalah, ramai yang suka cakap macam tu "ini semua dugaan dari Tuhan..sabar2"

erm, saya just terfikir la..saya rasa macam tak sesuai je kalo cakap macam tu..iye betol, memang semua ujian tu datang dari Tuhan, tapi sometime saya rasa kita perlu 'check' jugak diri kita..maybe dugaan tu datang sebab kita ada buat silap..thats why la Tuhan turunkan ujian tu..maybe jugak Tuhan turunkan ujian sebab nak suruh kita sedar kita ada buat silap.. tak boleh la all the time cakap, ini semua dugaan Tuhan, kita pon kena check la diri kita..at the same time tune balik, kot kite ade ter'over' buat something ke..sebab saya rasa, Tuhan tu tak zalim.. tapi berbeza dgn para Nabi, para Auliya, itu saya setuju, ujian yang Tuhan bagi tu sebab nak uji mereka, sebab nak naik kan darjat mereka..

Macam kita-kita ni, saya rasa lebih beradab kalau kita rasa semua ujian yang Tuhan turunkan tu, sebab kita ada buat salah..pandangan saya jela..sebab orang macam saya ni memang banyak buat salah hee

"orang yang baik tak kan pernah rasa diri dia baik, orang yang berasa dia buat baik, belum tentu dia baik"

*Cepat-cepatlah FYP ni habis..grrr

Wednesday, November 2, 2011

Budaya dan Warisan


gambar ihsan en. google *sekadar hiasan

Budaya dan warisan merupakan dua perkataan yang sering kali diperkatakan khususnya apabila membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan sejarah bangsa dan negara. Dari sudut tafsiran, Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal, atau secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.

Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Atau secara ringkasnya, budaya adalah cara hidup yang dikerjakan oleh manusia yang mana dapat membentuk budi pekerti yang baik dan tidak bercanggah dengan akal fikiran manusia yang waras.

Warisan pula dapat didefinisikan sebagai suatu (harta) peninggalan yang ditinggalkan oleh pewaris kepada ahli warisnya. Secara bahasa pula warisan berasal dari bahasa arab "al-miirats" yang beerti berpindahnya sesuatu dari seseorang kepada seseorang yang lain atau boleh juga disebut berpindahnya dari suatu kaum kepada suatu kaum yang lain.

Budaya atau kebudayaan merupakan suatu cara hidup (lifestyle) sesuatu kaum yang mana cara hidup tersebut diterima pakai dan dipraktikkan oleh sekumpulan manusia yang ramai. Jika lifestyle itu hanya dipraktikkan oleh segelintir manusia, maka itu tidak disebut sebagai budaya. Pada kacamata saya, budaya secara lazimnya berteraskan kepercayaan sesuatu kaum. Maka sesuai dengan kepercayaan itu, akan lahir amalan, adat dan adab yang menjadi simbol kepada kepercayaan kaum tersebut. Sebagai orang Melayu, saya mengambil contoh budaya Melayu itu sendiri. 

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, orang-orang Melayu pada ketika itu mengamalkan budaya atau cara hidup berteraskan agama Hindu. Maka, amalan-amalan seperti bertapa, memuja-muja dan cara kehidupan seharian mereka banyak diambil dari agama hindu. Namun begitu, selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, suatu transformasi besar-besaran telah berlaku ke atas orang Melayu itu sendiri. Perubahan dari sudut kepercayaan kepada agama Islam, telah membawa perubahan kepada budaya orang Melayu yang mana semua amalan, adat, adab, keperibadian dan semua aspek kehidupan adalah berteraskan agama Islam. 

Para ulama dan mubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Tanah Melayu dahulu telah berjaya mewujudkan suatu transformasi budaya yang mana di dalam budaya itu diisi dengan ilmu-ilmu dan kepercayaan (islam dan iman) yang sesuai dengan cara hidup masyarakat Melayu. Maka dengan mengamalkan budaya itu, akan lahir masyarakat yang mempunyai cara hidup yang berlandaskan Islam dan Iman.

Budaya Melayu yang telah ditransformasikan ini merupakan suatu warisan yang unggul. Namun begitu warisan ini tidak boleh diwarisi melalui pertalian darah. Ini kerana ilmu, islam dan iman tidak boleh berpindah atau diwariskan dari seorang bapa kepada anaknya. Oleh itu ia menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai orang Melayu yang beragama Islam untuk mempertahankan budaya ini. Jika kita tidak mempertahankannya, suatu masa nanti anak cucu cicit dan generasi kita mungkin tidak lagi dapat mengamalkan budaya ini. Memburukkan lagi keadaan budaya-budaya barat yang secara nyata berlandaskan agama-agama yahudi dan nasrani kian mendapat tempat dihati anak bangsa kita. 

Cukuplah sekadar mengambil ilmu dari luar, tetapi janganlah sampai membawa budaya mereka sekali. Kerana budaya adalah cara hidup, dan cara hidup orang Melayu adalah Islam.

Salam alaik :)

Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti




Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti


Cuaca di UTP kini tidak menentu. Di pagi hari cuaca amat panas terik, disusuli petang dengan hujan yang lebat. Boleh dikatakan hampir setiap hari begini. Tapi ini semua pemberian dari Allah, semoga hujan ini membawa Rahmat dari Ilahi. Hari ini penuh bermakna buat diri ini dan aku percaya buat semua ahli Silat Cekak. Pada malam ini akan diadakan tahlil untuk pengasas agung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, YM Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986 bersamaan 7 Zulhijjah 1406. 


Pengasas PSSCM, Ustaz Hanafi bin Ahmad
YM Almarhum Ustaz Hanafi 

Nama Hanafi bin Ahmad mungkin tidak semasyhur tokoh-tokoh pejuang bangsa yang lain. Nama beliau tidak lah terkenal seperti artis-artis di Malaysia ini. Namun, bagi ahli-ahli PSSCM, aku percaya dan yakin, nama beliau cukup disegani dan dihormati. Ini kerana jasa dan pengorbanan beliau dalam mendidik anak bangsa nya sendiri sehingga mengorbankan hampir keseluruhan hidup beliau dalam mengembangkan seni pusaka Silat Cekak. 

Sedikit maklumat mengenai Almarhum Ustaz Hanafi:
(Dipetik dari laman rasmi PSSCM: http://www.silatcekak.org.my)

Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).

Menyingkap semula zaman mudanya, Ustaz Hj Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim.

Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.

Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.

Menyingkap kata-kata hikmat beliau:

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Boleh jadi yang kamu sangat benci itu adalah mempunyai kebaikan bagi kamu, boleh jadi pula apa yang kamu tersangat berkenaan itu memudaratkan bagi kamu."


Seorang ulama berjiwa panglima, berpandangan jauh, mempunyai semangat kebangsaan yang cukup tinggi dan disegani. Tiada kata untuk saya menggambarkan keperibadian beliau. Bukan taksub, tapi kagum. Di kacamata saya, Ustaz Hanafi ini merupakan seorang yang bijaksana dan berjaya kerana melalui budaya beliau telah berjaya mendidik ramai ahli-ahli Silat Cekak ke arah kebaikkan dan kejayaan. Ini bukan cerita tapi ini sejarah dan ada bukti yang nyata. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh almarhum ustaz Haji hanafi. Al-fatihah

*terima kasih ustaz walaupun tidak sesaat pernah bersua =)

Sebenar Guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan Isyarat