Thursday, February 17, 2011

Pembaharuan agama setiap 100 Tahun

hadits diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam Sunannya hadits no 4921 :
4291ـ حدثنا سليمان بن داود المهري، أخبرنا ابن وهب، أخبرني سعيد بن أبي أيوب، عن شرَاحيل بن يزيد المعافري، عن أبي علقمة، عن أبي هريرة فيما أعلم،
عن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم قال: "إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لهذِهِ الأمَّةِ عَلَى رأْسِ كلِّ مائةِ سنةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَها".
قال أبو داود: رواه عبد الرحمن بن شُريح الإِسكندراني لم يجُزْ به شراحيلَ.
dan dishahihkan oleh syaikh Al-albani dalam silsilah hadits shahihah :
حديث رقم -599-
  [ إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها ] . ( صحيح ) . أشار الإمام أحمد إلى صحة الحديث فقد ذكر الذهبي في سير الأعلام قال أحمد بن حنبل من طرق عنه إن الله يقيض للناس في رأس كل مائة من يعلمهم السنن وينفي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم الكذب قال فنظرنا فإذا في رأس المائة عمر بن عبد العزيز وفي رأس المائتين الشافعي . 



-Hadits no 599-
"Sesungguhnya Allah membangkitkan untuk umat ini pada setiap awal 100 tahun orang yang memperbarui/memperbaiki untuk mereka agama mereka.(Shahih).
Imam Ahmad telah mengisyaratkan tentang shahihnya hadits ini, dan sungguh Adz-Dzahabi telah menyebutkan di dalam Siyar Al-A'lam : Imam Ahmad bin Hanbal berkata : dari jalur-jalur darinya bahwa sesungguhnya Allah membangkitkan bagi manusia setiap awal 100 tahun tahun orang yang mengajarkan mereka sunnah-sunnah, dan menolak kedustaan dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dia berkata : maka kita melihat pada pada abad pertama adalah Umar bin Abdul Aziz, dan pada abad kedua adalah As-Syafi'i.

1. MAKSUD MUJADDID  

Di zaman ketika masih ada Nabi dan  Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika  kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW manusia diminta  bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi. 

Firman Allah SWT : Bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.”
Untuk menyelamatkan umat Islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar  yang bertaraf mujaddid (pembaharu)
.

Rasulullah saw pernah bersabda : ‘Sesungguhnya ALLAH akan mengutus  pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya. ” 

Mujaddid berasal dari perkataan jaddada, yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddidun
Jaddada :dia telah membaharui
yujadidu :dia sedang atau akan membaharui
tajdidan :pembaharuan
mujadidun :orang yang membawa pembaharuan 

Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu. 

Apakan maksud memperbaharui urusan agama? Adakah dia membaharui isi Al Quran, atau isi Hadis atau isi Islam? Tidak. Ia tetap membawa Al Quran, Hadis dan akhlak Islam, isi yang lama yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mendapat ilham dari Allah dan membawa satu penafsiran baru tentang Al-Qur’an dan Hadis. *(ahli Hikmah atau orang yang bijaksana; membawa jalan menuju ke hadrat Allah tanpa manusia sedar)

Penafsirannya yang bersumber dari ilham itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dia tidak hanya menafsirkannya tetapi juga mengamalkan tafsiran tersebut dalam diri, keluarga, jamaah dan perjuangannya.  Dialah Al Qur’an dan ‘hadis berjalan’ di kurun itu. 

Hasil dari keindahan Islam yang dibawa dan diperjuangkannya, banyak orang yang sangat bersungguh dalam mencintai dan mengikutinya, tetapi tidak kurang juga yang sangat menentangnya, kerana tidak faham atau hasad dengki dengannya. 

Dia juga membawa style yang baru yang tidak pernah ditempuh oleh orang lain selama ini. Hingga Islam dapat diamalkan oleh masyarakat.  Dengan kata-kata lain, agama yang sudah lama ditinggalkan itu dapat dihidupkan kembali oleh mujaddid tersebut dengan menggunakan method, uslub, teknik, strategi dan kaedah baru yang sesuai dengan fikiran dan suasana zamannya. (contoh; kisah wali songo di Indonesia, membawa budaya sebagai alat untuk berdakwah)

Dalam ajaran Islam ini tujuan dan matlamat tidak boleh berubah tetapi method dan uslub boleh berubah sesuai dengan fikiran manusia yang senantiasa berubah dan keadaan masa di zaman itu.
Sebab itu sekiranya ada seorang pemimpin tetapi dia ikut style yang lama, walau bagaimana hebat sekalipun kepemimpinannya tidak dianggap sebagai mujaddid. Lebih- lebih lagi kalau lahirnya bukan di awal kurun. 

Kerana zaman dan situasi yang berbeza antara satu mujaddid dengan mujaddid lain,maka style antara satu mujaddid dengan mujaddid yang lain juga tidak sama. Tekniknya berbeza tetapi perkara yang diperjuangkan adalah sama yaitu mengajak manusia kepada Allah SWT. Sebab itu jika kita mengkaji sejarah walaupun Islam tidak menjadi imperium tetapi di tangan mujaddid, Islam tetap hidup dan berkembang. Masih berlaku kesyumulan Islam dalam jemaah pimpinannya. 

Jadi mujaddid itu tidak membawa agama yang baru, kerana  tidak ada Nabi dan Rasul selepas Rasulullah. Dia hanya membawa ajaran Rasulullah. Supaya ajaran Rasulullah SAW itu diamalkan oleh masyarakat, maka dia meniti di atas teknik, method, uslub, cara, kaedah, style dan strategi yang baru yang sesuai dengan kerosakan yang berlaku di zamannya. Sebab itu orang mudah menerimanya, sedangkan pejuang-pejuang lain di zamannya masih lagi mengekalkan style dan cara yang lama. Sebab itu masyarakat tidak dapat menerima mereka. Tetapi pejuang-pejuang yang tidak faham ini kadang-kadang menyalahkan masyarakat yang tidak mahu menerima Islam. Padahal bukan masyarakat yang tidak mahu Islam, tetapi kaedah mereka yang gagal untuk menarik minat orang kepada Islam.Tetapi kepada mujaddid, ALLAH membekalkan padanya melalui ilham satu cara, method dan kaedah yang tersendiri. Sehingga hati-hati manusia dapat menerima kaedah perjuangannya.


"MUJADDID DIBANTU ALLAH DENGAN KARAMAH DAN ILMU ILHAM IRHAS MAUNAH DAN KARAMAH"

Rasulullah SAW bersabda :
Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dengan nur Allah” (hadist Riwayat Tarmizi) 

Dalam sebuah hadist Qudsi Allah berfirman : Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
Dan hambaKu yang senantiasa bertaqarrub kepada- Ku dengan nawafil (ibadah sunnat) sehingga Aku mencintainya, maka jadilah Aku seolah-olah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dun sebagai kakinya yang ia bertindak dengannya. Dan  andaikata ia memohon pasti akan Kuberipadanya. Dan andaikan ia berlindung kepadaKu, pasti Aku lindungi. ” 
Riwayat Imam Bukhari

Apabila seseorang sangat dekat dengan Allah SWT disebabkan  ketaatan dan keikhlasannya, hatinya senantiasa bersama Allah, takut, rindu dan cintakan Allah, maka Allahpun dekat dengannya dan melimpahkan rahmat, kebajikan dan kurniaNya.  Allah mengurniakan kepada mereka berbagai kelebihan yang tidak diberikan kepada hamba-hambaNya yang lain. 

Diantara kelebihan yang Allah anugerahkan kepada mereka adalah mendapat petunjuk, mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga, mendapat ilmu secara wahbiah (anugerah) tanpa melalui usaha ikhtiar, mendapat kejadian atau peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal sebagaimana Allah mengurniakan mukjizat kepada para Nabi dan RasulNya.  Mujaddid sebagai hamba Allah yang paling bertaqwa di zamannya tentu saja mendapat berbagai kelebihan, bantuan dan pertolongan yang luar biasa dari Allah SWT yang sangat berguna dalam memperjuangkan agamaNya kerana dengan kelebihan itu ia dapat memimpin, mendidik dan membawa manusia ke jalan Allah SWT.

No comments: