Isu perkauman sering menjadi sesuatu yang subjektif dan sensitif pada masa kini. Jika sesuatu isu itu dikaitkan dengan bangsa maka ia akan sentiasa menjadi bualan orang ramai dan mereka yang mengutarakan isu itu digelar racist atau bersifat "assabiyah". Malangnya, pada pengamatan saya isu itu hanya terjadi apabila orang Melayu menyatakan hak mereka sebagai orang Melayu. Jika ada segelintir orang Melayu yang cuba untuk menegakkan keistimewaan mereka sebagai penduduk peribumi, maka pasti akan ada "khabar angin" yang tidak akan pasti mana puncanya menyatakan ketidak puasan hati akan perihal tersebut. Aku bukan racist tapi nasionalis, itu yang ingin saya nyatakan disini. Kini ramai yang salah menganggap bila disebut sahaja mengenai perjuangan bangsa dan semangat kebangsaan, pasti seseorang atau golongan tersebut akan digelar racist. Apa itu racist?
Maksud Rasis (Racist)
Perkataan Rasis menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 ialah orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau mendukung pendukung utama bangsa lain di dunia. Jika ditakrif dalam Bahasa Inggeris melalui perkataan racist pula sebagai kata nama, maksudnya seseorang dengan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain. Jika digunakan sebagai kata sifat pula, rasis bermaksud perbuatan diskriminasi ke atas sesuatu bangsa atau agama.
Maka adakah benar Melayu itu rasis? Siapa yang rasis? Ini persoalan yang sangat kritikal dalam entri kali ini. Ini kerana perbuatan rasis ni dibuat oleh semua bangsa yang wujud di dunia ni. Cuma yang membezakan ianya bersifat "extreme" atau tidak sahaja. Bagi bangsa yang mahu mempertahankan kedudukannya di negara terbabit, contohnya bangsa Melayu di Tanah Melayu (Malaysia), bangsa itu perlu bersifat rasis bagi memastikan hak bangsanya yang menjadi simbol dan tunjang asas kenegaraan sesebuah negara itu terjamin.
Kami bukan Rasis tapi Nasionalis
Sebagai orang Melayu, fitrahnya pasti akan ada rasa cinta dan kasih terhadap bangsa dan agama. Atas dasar itu, orang Melayu perlu untuk mempertahankan hak mereka sebagai bangsa Melayu, hak datuk nenek moyang mereka dan hak anak cucu cicit mereka. Ini merupakan suatu perjuangan orang Melayu untuk melihat generasi Melayu mewarisi dan merasa nikmat seperti mana yang dimiliki pada hari ini. Tetapi bila mana Melayu ingin mempertahankan hak mereka, bila mana kerajaan membantu masyarakat Bumiputera, mereka digelar rasis dan hanya mementingkan bangsa Melayu. Namun jika bangsa lain yang dibantu kerajaan atau mendapat pertolongan, isu itu seakan-akan tidak timbul dan tidak rasis katanya. Persoalannya, mengapa kami perlu menjaja di tanah kami sendiri? Ini tanah kami, kamu yang menumpang, usahlah pertikai akan hak kami. Sedangkan tanah kami ditukar nama untuk dikongsi bersama, apakah hak istimewa kami perlu dikongsi juga?
Ini tanah air kami, bumi yang kami pijak dan langit yang kami junjung yang diwariskan kepada kami untuk kami perjuangkan. Seperti belanda mendapat tanah, diberi betis berkehendak peha.
Malangnya, bila masing-masing ingin berkuasa, bila mana orang Melayu ingin mempertahankan kedudukannya, dan bangsa-bangsa lain ingin mengambil kedudukan, kepentingan peribadi sering diutamakan dan kepentingan bangsa menjadi alat dagangan. Perjuangan bangsa mula diisi dengan politik, wang dan taburan kemewahan yang melalaikan pemimpin-pemimpin yang lemah semangat perjuangannya. Namun demikian, bila mana pemegang kuasa sedia ada berusaha mempertahankan kedudukan, pendirian dan kuasanya, mereka ini akan dituduh rasis dan menghancurkan perpaduan. Kesannya, lahir generasi-generasi yang lemah semangat juangnya, leka dan asyik dengan keseronokkan dan kemewahan dunia. Mereka tidak lagi cinta akan perjuangan bangsa dan agama, kerana mereka takut untuk mengorbankan keseronokkan yang mereka miliki.
Fikirkanlah tentang masa hadapan, zaman anak cucu kita, apakah tidak lagi wujud semangat cintakan bangsa.
Wahai orang-orang Melayu, bangkitlah dari tidur, sedarlah dari angan-angan dan mimpi siangmu, semalam tanah ini tanah kita, hari ini sedikit demi sedikit hak istimewa kita kian tiada, sebelum hari esok tercatit akan sejarahnya. Janganlah kita layu di tanah sendiri, berputih mata tergadai maruah. Hari ini kita bangga akan sejarah bangsa dan tugu-tugu menjadi tanda. Jangan esok bila kita tiada, cucu cicit kencing ditepi pusara,marah pabila hak mereka sudah tiada, kerana kita tidak pertahankannya. Bangkitlah bangsaku! Ayuh bersama dan bersatu. Kembalilah kepada budaya dan cara hidup Melayu, dimana Islam sebagai asasnya. Kerana Islam agama penyatuan, Islam agama persaudaraan dan Islam agama perpaduan. Bagaimana hendak bersatu kalau islam dan iman tidak berlaziman, dan bila Al-Quran tidak lagi menjadi rujukkan.
Firman Allah:
“Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah-belah.”
Bangsaku, Tiupkan lah api perjuangan dihatimu, suburkanlah benih-benih fisabilillah, bangunkanlah semangat jihad dengan darah dan air mata, serta Al-Quran dan pedang sebagai senjata. Bersama dan bersatu.
No comments:
Post a Comment