Tuesday, December 15, 2009

permulaan


setiap yg bermula pasti akan berakhir.fitrah kehidupan bila baharu pasti tidak akan kekal. madah pujangga patah tumbuh hilang berganti. setiap yg dtg pasti akn pergi dan silih berganti.setiap yg berakhir bkn la pengakhiran, tp adalah suatu permulaan perjalanan yg baru. jgn la memandang hari smlm, tp lihat lah dihadapan. jadikan semalam sbg pengalaman buat bekalan pada hari esok. jika sudah smpai kepada pengakhiran, jgn la digundah akan kenangan, fikirlah bagaimana hendak bermula smula agar kenangan itu dapat diteruskan. adat bertemu pasti berpisah, setiap yg hidup pasti akan pulang kpd Sang Pencipta. hargailah setiap pertemuan sebelum terpisah, hargailah kehidupan sebelum izrail mengutip daun yg gugur dr arasy Tuhan agar bila perpisahan terjadi kamu sudah bersedia mengahadapinya.


 
hari esok pasti ada, tapi adakah hari esok milik kita.masihkah hari esok dapat kite bernafas di bumi Tuhan ini. masih menunggu jawapan. mungkin ini jalannya buat kita. tp smpai bila itu persoalannya. bila Dia memilih kita, hargailah, peliharalah, moga ada hikmah di balik hari. hargailah mereka di yg hadir dipandangan mata dan letakkn lah di dlm hati. jika dtg suatu hari nanti, bila mata tidak diizin utk dibuka lagi, mereka tetap hadir didlam hati. kerana hati tidak pernah mati bg mereka yg mengetahui. andai kamu merasa berasa gelap di waktu mlm, besabarlah kerana mentari akan muncul kembali. jika kamu merasa tenang di pagi hari, bersedialah kerana malam akan muncul seketika nanti.

mungkin sy tidak berpeluang untuk mengucapkan kata2 ini slps ini. terima kasih buat semua dan maaf jika sy tersilap dan tersalah dan tidak menghargai sahabat semua yg dikurniakan Allah kpd sy dan sgt besyukur diatas kurniaan yg begitu besar dan tinggi ini.

"apa yang terbaik buatku, tak semestinya apa yang kumahu. biarlah keinginan Allah yang berjalan ke atasku, seperti apa yang Dia berkehendak pada diri ku"

3 comments:

Nash said...

maafkan juga klu ada slh silap,
smga kita tetap bersama dalam wasilah yg satu~

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

InsyaAllah.smga diperkenankn~~

didie said...

hm...suke quot yg last tuh ;)
mudah2an~~ ;)