Thursday, December 17, 2009

muharram :)

awal muharam permulaan kalendar islam



MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijrah). Sistem kalendar islam ini telah mula diamalkan pada zaman pemerintahan saidina Umar Al-Khattab. Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang", iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan kota Mekah. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah [Shahrullahi].

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Gunakan lah peluang yg masih ada ini untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan. Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah drpd melakukan kejahatan kpd kebaikan, sbg contoh drpd berakhlak buruk kpd berakhlak yg lebih baik.

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita. Pohonlah taufiq dan hidayah dari Allah SWT,
smoga Allah mengampunkan dosa2 kita yg lepas dan diselamatkan kita dari melakukan dosa2 yg mendatang.

semoga tahun ini membawa rahmat dan kebaikkan, dikuatkan iman dan ditetapkan hati dlm perjuangan buat semua.  salam maal hijrah 1431 :)