Friday, August 13, 2010

:)

salam ramadhan :)

Marhaban Ya Marhaban
Marhaban Ya Marhaban
Bulan yang cahaya nya bersinar-sinar
Selamat datang Selamat datang

berbanyak syukur buat Ilahi
dipanjangkan usia setahun lagi,
ditemukan dgn ramadhan yg diberkati
bulan rahmat bulan yang suci

katanya awal ramadhan rahmat terbuka
di tengah nya pula pengampunan dosa
penutup bulan selamat dari api neraka
bukti nyata kasihnya Pencipta

perbanyak amal perbanyak ibadah
wajib dan sunat menjadi amalan
pesan Guru katanya tuan,
ikhlas kan hati sucikan diri

Bulan ramadhan bulan mulia,
dijanjikan pahala berlipat ganda
jangan beramal kerana pahala
bimbang amalan menjadi sia-sia

cuba bertanya kepada diri
sudahkah aku memperbaiki diri
sebelum ramadhan berlalu pergi
mungkin peluang hanya sekali

cuba dikaji dan cuba teliti
tatkala ramadhan ramai mencari
sesudah ramadhan berlalu pergi
kembali seperti sebelum ini

besar rahmat kasihnya Tuhan
diberi peluang melihat kebesaran
ada seMalam dalam sebulan
lebih baik dari seribu bulan
 -----------------------------------------------------------------------------
Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Diriwayatkan dalam sebuah hadith, Nabi Saw bersabda:

"banyak yg berpuasa tapi berbuka,banyak yg berbuka tapi berpuasa.."

Salam Ramadhan :)

2 comments:

Kencana21 said...

salam ramadan keri...lama xdgr brite..hehe

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

salam ramadhan bang.lame jugak xdgr cerite..sy alhamdulillah mcm biase..abg mcm mane? hehe