Saturday, August 21, 2010

14 Fakta menarik

14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan semua yang dikasihi. Allah SWt tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.”(Surah Al-Imram, ayat 191).

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

*Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu ingat kepadaNYA..

Subhanallah. ..Alhamdu lillah … Allahu Akbar. ;)

2 comments:

yunyung said...

kenape ek gajah tak bole melompat? adekah die mon2?? haha.. kidding2 ;P

*fakta2 menarik :)

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

haha.mon2? apekah.. :P