bahasa jiwa bangsa
Hairan kadang melihat masyarakat sekeliling khususnya bangsa Melayu terhadap kemampuan berbahasa ibunda. Saya berasa hairan mengapa masyarakat di Malaysia malu dan segan untuk bertutur dalam bahasa Malaysia. Jika melihat negara-negara lain, sebagai contoh di negara Jepun, rakyatnya begitu berbangga akan bahasa ibunda mereka bahkan jika ada orang asing yg datang ke negara Jepun, mereka perlu belajar bahasa Jepun dahulu supaya mudah untuk berkomunikasi. Dan yang mengganggu fikiran saya ialah sebahagian bangsa Melayu tidak mempunyai rasa bangga untuk bertutur dalam bahasa Malaysia. Di kalangan orang Melayu, mereka lebih suka bertutur bahasa campur seperti Malaysia-Inggeris (bahasa rojak) atau berbahasa asing. Ada yang menyatakan jika berbahasa Malaysia kelihatan seperti org bodoh dan memalukan. Amat menyedihkan sekali. Saya tertanya-tanya, Apakah kurang nya bahasa kita dan apa tingginya bahasa asing. Mengapa Jiwa Melayu semakin luntur, adat dan warisan semakin pupus. Benarlah,bangsa kita pernah dijajah dan kini negara kita sudah merdeka, tapi hakikatnya kesan penjajahan masih ada dan bangsa kita masih lagi dijajah dalam sedar atau pun tidak. Mengapa kita memandang mereka sebagai "standard" dan "trend". Adakah tidak seperti mereka maka tidak mengikut peredaran zaman? Adakah mempraktikkan adat dan adab Melayu itu memalukan? kata seorang ilmuan, "budaya itu cara hidup, cara hidup itu agama, org Melayu agamanya Islam, maka cara hidup Melayu itu adalah cara hidup Islam". Jangan terpengaruh dengan penjajahan, kerana ini semua adalah agenda mereka untuk menjauhkan org Melayu dari budayanya, utk menjauhkan org Melayu dari agamanya. Persoalannya, apa kurangnya "MELAYU"? kalo bukan kita nak pertahankan, maka siapa? Apa makna menjadi Melayu jika kita malu untuk bertutur dan mempraktik adat dan adab tanah air yang menaungi kita?
*sekadar perkongsian.pandangan amat dialukan :)
gamba sekadar hiasan
4 comments:
pergh... sasterawan... sejarawan... bangsawan... angkasawan...ilmuan... terbaek la bro...-^_^-
huhu~seram2..
malu mengaku melayu kerana diserap dgn ideologi bahawa melayu itu lemah. akibatnya semangat cinta akan bangsa, agama, dan negara menjadi luntur. persoalannya, bagaimanakah ideologi itu boleh berkembang biak?
propaganda B*r*T dan Y*H*D*..~
menerapkan fahaman2 materialistik dan penghidupan yg kekal.huhu
based on pembacaan aku la..huhu.
Post a Comment