Friday, October 16, 2009

bicara

usah bicara aib manusia, kelak engkau yg diaibkan..
usah bicara kebaikkan mu, kelak terhapus pahala dan hikmah amalanmu..
usah merasa dirimu lebih, kerna engkau masih byk yg kurang..

ikhlas itu dihati..
bukan di jubah..
bukan di janggut..
bukan di tasbih yg pjg..
jika di serban dan jubah, org jahil boleh memakai ia utk kelihatan alim..
jika di janggut, org munafiq boleh memelihara ia utk kelihatan taat..
jika di tasbih, org yg lalai boleh sentiasa memegang tasbih utk kelihatan tawadu'
tapi ikhlas itu di hati, maka ikhlas itu adalah rahsia Allah swt..

kamu memandang manusia laen hina dan jijik
kerana ia tidak sprti kamu berkelakuan tampak mulia
jangan rasa diri mu lebih baik dari yg laen, kerana kebaikkan dirimu itu dtg dr Allah swt..
jika Allah swt tidak berkehendakkan dan tidak memberi pertolongan, maka tiada lah kebaikkan pada dirimu..pandanglah dirimu nescaya kamu akan melihat dirimu tiada apa2..kerana segala kebaikkan itu dtg dr Allah swt dan kpd Nya jua tempat hikmah itu kembali.

masuk syurga bukan kerana amal ibadat kamu, tp kerana iman dan rahmat dr Tuhan mu kepada dirimu. bahasakanlah yg baik itu dari Tuhanmu agar engkau tidak lupa bhawa dirimu itu hanya setitis air mani pd hari smlm, dan esok hari hanya lah sekujur daging kaku.

4 comments:

didie said...

terima kasih atas peringatan~ :)

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

huhu..sekadar berkongsi buat ingatan utk diri sndri :)

fishies said...

terima kasih jugak.. (^__^)~

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

huhu.sama2 :)