Wednesday, October 21, 2009

cerita kehidupan

cerita1:

seorang pemuda sedang bermusafir ke suatu destinasi..smpai suatu ketika, ia tiba di satu persimpangan jalan. di situ terdapat dua jalan yg seakan-akan sama. utk smpai ke destinasi yg dituju, pemuda itu terpkse memilih sama ada jalan A atau jalan B utk dia meneruskan semula perjalanan nya itu. dia kelihatan berkehendakkan jalan A, tetapi kompas yg di bawanye sering menunjukkan dia ke jalan B. hampir 7 tahun dia berada di persimpangan jalan 2, dan kini pemuda itu masih lagi tak berjaye memilih jalan tersebut.
---------------------------------------------------------------------------------------------
cerita2:

seorang lelaki bertanya kpd temannya tentang sesuatu:

teman: mengapa engkau slalu berdiam diri?
pemuda: sbb aku selalu bimbang..

teman: ape yg membimbangkan kau wahai teman ku?
pemuda: dgn kata2 aku selalu di hina, dgn kata2 aku selau menghina, dgn kata2 aku selalu kecewa, aku bimbang kata2 ku aku melukakan orang2 di sekelilingku..

teman:bagaimana dapat aku membantu mu?
pemuda:sampaikan lah kpd ku jika aku berkata yg sia2, tegurlah aku jika aku berkata dusta, nasihatilah aku jika aku melukai hati manusia dan pesanlah kdp ku jika kata2 ku melebihkan diriku dari Yang Maha Esa

teman:besar harapan mu, mungkin tak terdaya bg ku..
pemuda:(tersenyum)..aku juga sprti mu, maka diam adalah lebih baik bg ku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
cerita 3:

suatu hari api bertanyakan pada air:

api: wahai air, tahukan engkau sungguh beruntung.
air: mengapa kau berkata sedemikian?

api: aku dijadikan utk memabakar Ibrahim (bg menyatakan kebesaran Allah swt) sdgkan engkau menyelamatkan Musa dan menenggelamkan firaun dan musuh2 Allah swt.
air:lagi?

api: engkau adalah asal kejadian manusia (sebaik2 kejadian), sedangkan aku asal kejadian iblis laknatullah.
air: lagi?

api: setitis engkau didunia dapat memadam sekumpulan aku di akhirat..
air: itu adalah rahmat dr Tuhan Yg Maha Pengampun

api: terangkan lah kpd ku maksudmu itu
air: wahai api, aku hanyalah hamba Allah yg dizahirkan bg menyatakan kebesaran Nya, begitu juga dgn engkau(api). bkn aku yg memadamkan nyalaanmu, tapi apabila manusia itu kesal pd hatinya, bertaubat pd lisannya, dan kembali kpd Allah swt pada perbuatannya, maka rahmat Allah akan bersamanya dan itulah yg menyelamatkan mereka diakhirat kelak.

api: nasihati lah aku wahai air yg dijadikan utk menyucikan
air: Kembalilah kpd Allah swt dan syukurilah kejadian dirimu, kerana setiap kejadian itu mempunyai rahsia2 yg Allah swt berkehendakkan. Dialah Yang Maha Mengetahui, Dia Yg Awal dan Akhir dan kepada Nya setiap makhluk akan di kembalikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
*jika ade kebaikkan dalam cerita ini, ambil lah buat pengajaran
jika ade keburukkan dan dusta, smpaikan lak kpdku, agar dpt ku perbetulkan buat tauladan bersama.

No comments: