Tuesday, September 15, 2009

cinta:antara akal dan rasa

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya, untuk melahirkan satu ikatan cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta antara dua jiwa dikatakan boleh meniupkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama kerana Cinta adalah anugerah dan kurnia. Lahir di atas rasa kasih yang Maha Pengasih kpd hamba2 Nya.

Janganlah bercinta jika tidak ada matlamatnya, janganlah bercinta jika ingin bersuka ria, jangan lah bercinta andai diri belum bersedia menerima amanah dan percaya, janganlah bercinta andai belum tiba akan masa nya..

adakala rasa itu perlu dirahsia. demi kebaikkan pada empunya. kerana bila sudah tiba masa dan ketika nya, baru la ia mula mempamerkan cermin hati yang hakiki dan perasaan yg benar. dengan izin dari Ya Rahim, akan bersatulah yang satu dan pada ketika itulah ia dinamakan cinta.

ada yg berpesan pd ku,
"selesaikan lah tanggung jawab kamu sebelum memikul tanggung jawab yg baru"

bukan niat menunjuk pandai sekadar berkongsi luahan rasa :)

6 comments:

fishies said...

cinta itu adalah amanah,
amanah itu adalah tanggungjawab,
tangggungjawab itu adalah .....

=)

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

tanggungjawab itu adalah....
hehe ;p

asotoko said...

=)

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

;)

Anonymous said...

houhou~ berchinta skang~ wiwit~

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

uiit.mn de..huhu