Wednesday, April 3, 2013

Angin-angin sudah kedengaran

Wahai payung yang memayungi
Guruh di langit sudah berbunyi
Air ditempayan jangan dibuang
Ombak dilaut membadai pantai
Siap sedia mencari takdir
Takdir tanah lantainya bumi
Bumi bertuah himpunan wali
Keramat tuan panji Ilahi
Angin-angin sudah kedengaran
Takdir depan tiada jawapan
Rahsia langit dalam genggaman
Himpunkan raja bersama iman
Jauhkan nafsu dan syaitan
Semoga Selamat Tanah Mulia
Daulat Bangsa hidup semula
Daulat Agama panji berkibar
Merangkak di atas salji
Serban biru sedang menanti
Adakah semboyan sudah berbunyi?
Hanya Satu Tiada Dua
Perjalanan baru sahaja bermula
Di bawah payung kita semua


Bangun dari lena
Mimpi siang kian hampir
Malam menampakkan diri
Pertempuran sebenar sedang menanti
Pakaian sudah dipakai
Senjata sudah diasah
Bahtera sudah disiap
Menanti ilham yang mulia
Pesan Guru jangan dilupa
Bersama Bersatu
Demi bangsa, agama dan tanah mulia
Tanah riwayat Nabi Mulia
Nabi Muhammad yang tercinta.

No comments: