Sunday, February 28, 2010

melayu

Hamka "Melayu itu adalah Islam, dan disebalik Islam itu ada Melayu".

dari kalam hikmah diatas, ini menunjukkan bahawa suatu ketika dahulu ulama-ulama yang besar meletakkan satu nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap bahasa, budaya dan bangsa Melayu. Jika tidak, mengapa ulama dahulu tidak menyebarkan Agama Islam kepada bangsa Melayu dalam bahasa Arab,bukankah itu lebih mudah buat mereka. Umum mengetahui ulama-ulama suatu ketika dahulu kebanyakkannya berbangsa Arab, tetapi mengapa mereka sanggup untuk mempelajari Bahasa Melayu dan mengembangkan fahaman dan intisari agama Islam ini ke dalam Bahasa Melayu. Kitab-kitab muktabar karangan ulama Melayu semuanya dikarang dalam bahasa Melayu, Sabilal Muhtadin( karangan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari ) kitab fikah yang terbaik adalah dikarang dalam bahasa Melayu, Siyarus Salikin dikarang dalam bahasa Melayu, Bidayatus Salikin, Hidayatus Salikin, Faridatul Faraid, Siratal Mustaqim, semuanya dikarang dalam bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan kelebihan dan kedudukkan yang Allah swt kurnia terhadap bangsa Melayu.

Jika dikaji melalui sejarah, Agama Islam pula sampai ke Tanah Melayu melalui perdagangan, dan tidak melalui peperangan. Ini menggambarkan akan sikap toleransi bangsa Melayu terhadap orang-orang asing. Orang-orang Melayu dahulu cukup patuh dan taat terhadap guru2 agama, seperti Abdul Rahman Limbung yang patuh kepada gurunya iaitu Tokku Paloh seorang wali Allah yang menjadi penasihat kanan Sultan Terengganu. Zaman dahulu guru agama adalah orang yang hebat, melanggar perintahnya akan menerima akibat, akan tetapi guru agama ini pula bukan orang sembarangan, mereka adalah seorang yang alim, warak, dan amat patuh kepada segala ajaran RasulNya, dan kebanyakan mereka dikurniakan pelbagai hikmah dan karamah dari Allah SWT.


Budaya itu adalah cara hidup.dan cara hidup org Melayu itu adalah islam.maka benarlah kata-kata Guru.

3 comments:

Kencana21 said...

Stuju!Amat2 stuju...

p/s:guru kelas tergolong x?

fishies said...

bagus2 incik mukros..

sebab kami da masuk kelas kemahiran. banyak ler kena mencari,
ti der ujian..

laen kali buat post camnih lagi~
=)

Muhammad Khairi Bin Roslim said...

kencana: guru kelas xde bang..2 sume mengarut je..haha

kiera: pencarian itu perlu.tp kdg2 xjumpe.jgn give up.huhu