Friday, October 30, 2009

sunah bersalam

1. Dari Abul Khattab Qatadah berkata: “Saya bertanya kepada Anas ra : “Apakah para sahabat Rasulullah saw itu biasa berjabatan tangan?” Ia menjawab “ “Ya”. (HR Bukhari)

2. Dari Anas ra berkata : Ketika orang-orang dari negeri Yaman datang, Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang dari Yaman telah datang, dan mereka itulah orang yang pertama kali datang dengan berjabatan tangan”. (HR Abu Daud)

3. Dari Al Barra` ra berkata, Rasulullah saw bersabda : “Dua orang islam yang bertemu lalu berjabatan tangan maka dosa kedua orang tersebut diampuni sebelum kedua berpisah.” HR Abu Daud)

4. Dari Aisyah ra berkata : “Zaid bin Haritsah datang ke Madinah dan Rasulullah saw sedang berada di rumahku, kemudian ia datang dan mengetuk pintu, lantas Nabi saw bangkit dengan menarik kainnya, serta memeluk dan menciumnya.” (HR Turmudzi)

5. Dari Abu Dzarr ra berkata : “Rasulullah saw bersabda kepada saya: “janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun hanya dengan muka manis bila kamu bertemu saudaramu”. (HR Muslim)

6. Dari Abu Hurairah ra berkata : “Nabi saw mencium Al Hasan bin `ali ra, kemudian Al Aqra` bin Harits berkata :”Saya mempunyai sepuluh anak, tetapi saya tidak pernah mencium seorang pun diantara mereka”. Maka Nabi saw bersabda : “Barang siapa tidak mempunyai rasa kasih sayang maka tidak akan di kasih sayangi”. (HR Bukhari dan Muslim)

song of the week~

lagu utk next week:

penin white T's- 1,2,3,4,5

I love bein' around you
You make it easy, 

it's as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4


There's only one week..
two quizzes..
three presentations..
for project
and five TESTS.. *5 tests?? OMG* (ckp dlm hati)

and that's what I'll do, I penin

oooo...i penin...

(so bz la next week..)

Wednesday, October 28, 2009

perempuan,btol ke?? =b

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

haha..terjumpe artikel nie.. respond pLiz..do u agree??? =p

pemandangan terindah

puas ku cari pemandangan yg indah
agar dpt ku lukis menjadi sebuah lukisan
ingin ku hiaskan ia dgn hiasan yg indah
meletaknya di tempat yg tinggi
agar dapat ku buang rasa sepi
menenggelamkan rasa jemu dan hampa
di lukisan ini aku sandarkan
sebuah hikayat dan memori
untuk ku hiburkan hati
moga terlihat pemandangan itu lagi
setelah pulang bertemu Ilahi
kerna aku ingin sentiasa bersamanya
di sana yg kekal abadi

Tuesday, October 27, 2009

-- -- -- --

malam merangkak
menembus fajar
batas air slalu ada
hidup yg fana
menuju ringkap
kiamatlah batas akhir nya

Monday, October 26, 2009

---------

Sesuatu yang berperasaan itu, tiada pernah ada persamaannya.

Dalam hidup ini ada begitu banyak pintu kebahagiaan yang terbuka untuk kita, tetapi kadang kita terpaku pada sebuah pintu yang tertutup dan terus berharap suatu saat pintu itu akan terbuka, sehingga kita  tidak menyadari keadaan pintu-pintu lain yang terbuka untuk kita.

Sunday, October 25, 2009

jgn ikutkan hati yg lara

kasih kpd manusia lumrah dunia..

tp biarlah kita yg menguasainya..

jgn biarkan ia mengawal kita..

kerna kelak tumpul lah jiwa 

jua rosak hati kpd Nya

Wednesday, October 21, 2009

cerita kehidupan

cerita1:

seorang pemuda sedang bermusafir ke suatu destinasi..smpai suatu ketika, ia tiba di satu persimpangan jalan. di situ terdapat dua jalan yg seakan-akan sama. utk smpai ke destinasi yg dituju, pemuda itu terpkse memilih sama ada jalan A atau jalan B utk dia meneruskan semula perjalanan nya itu. dia kelihatan berkehendakkan jalan A, tetapi kompas yg di bawanye sering menunjukkan dia ke jalan B. hampir 7 tahun dia berada di persimpangan jalan 2, dan kini pemuda itu masih lagi tak berjaye memilih jalan tersebut.
---------------------------------------------------------------------------------------------
cerita2:

seorang lelaki bertanya kpd temannya tentang sesuatu:

teman: mengapa engkau slalu berdiam diri?
pemuda: sbb aku selalu bimbang..

teman: ape yg membimbangkan kau wahai teman ku?
pemuda: dgn kata2 aku selalu di hina, dgn kata2 aku selau menghina, dgn kata2 aku selalu kecewa, aku bimbang kata2 ku aku melukakan orang2 di sekelilingku..

teman:bagaimana dapat aku membantu mu?
pemuda:sampaikan lah kpd ku jika aku berkata yg sia2, tegurlah aku jika aku berkata dusta, nasihatilah aku jika aku melukai hati manusia dan pesanlah kdp ku jika kata2 ku melebihkan diriku dari Yang Maha Esa

teman:besar harapan mu, mungkin tak terdaya bg ku..
pemuda:(tersenyum)..aku juga sprti mu, maka diam adalah lebih baik bg ku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
cerita 3:

suatu hari api bertanyakan pada air:

api: wahai air, tahukan engkau sungguh beruntung.
air: mengapa kau berkata sedemikian?

api: aku dijadikan utk memabakar Ibrahim (bg menyatakan kebesaran Allah swt) sdgkan engkau menyelamatkan Musa dan menenggelamkan firaun dan musuh2 Allah swt.
air:lagi?

api: engkau adalah asal kejadian manusia (sebaik2 kejadian), sedangkan aku asal kejadian iblis laknatullah.
air: lagi?

api: setitis engkau didunia dapat memadam sekumpulan aku di akhirat..
air: itu adalah rahmat dr Tuhan Yg Maha Pengampun

api: terangkan lah kpd ku maksudmu itu
air: wahai api, aku hanyalah hamba Allah yg dizahirkan bg menyatakan kebesaran Nya, begitu juga dgn engkau(api). bkn aku yg memadamkan nyalaanmu, tapi apabila manusia itu kesal pd hatinya, bertaubat pd lisannya, dan kembali kpd Allah swt pada perbuatannya, maka rahmat Allah akan bersamanya dan itulah yg menyelamatkan mereka diakhirat kelak.

api: nasihati lah aku wahai air yg dijadikan utk menyucikan
air: Kembalilah kpd Allah swt dan syukurilah kejadian dirimu, kerana setiap kejadian itu mempunyai rahsia2 yg Allah swt berkehendakkan. Dialah Yang Maha Mengetahui, Dia Yg Awal dan Akhir dan kepada Nya setiap makhluk akan di kembalikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
*jika ade kebaikkan dalam cerita ini, ambil lah buat pengajaran
jika ade keburukkan dan dusta, smpaikan lak kpdku, agar dpt ku perbetulkan buat tauladan bersama.

Saturday, October 17, 2009

will you?

i will come back like normal with you
if only you put that "thing" away.

Friday, October 16, 2009

motivasi diri

Jika hujan ibarat KESULITAN dan matahari sebagai KEBAHAGIAAN, maka kita memerlukan kedua-duanya untk bisa melihat PELANGI =)

kehidupan

Dugaan datang menguji akidah
Empat penjuru semua arah
Ya Allah ku pohon taufiq dan hidayah
Supaya aku tetap tabah
Tidak mudah rebah
Dan mengikut nafsu amarah
Moga tetap tenang menjalankan amanah

setiap yg terjadi ku yakin ada hikmah, dugaan ini perlu ku lalui..walaupon xterdaya jasad ini memikulnya..syukur masih ada sahabat2 yg mnjadi pendorong, moga aku tetap tenang dalam perjalanan hidup ku.

bicara

usah bicara aib manusia, kelak engkau yg diaibkan..
usah bicara kebaikkan mu, kelak terhapus pahala dan hikmah amalanmu..
usah merasa dirimu lebih, kerna engkau masih byk yg kurang..

ikhlas itu dihati..
bukan di jubah..
bukan di janggut..
bukan di tasbih yg pjg..
jika di serban dan jubah, org jahil boleh memakai ia utk kelihatan alim..
jika di janggut, org munafiq boleh memelihara ia utk kelihatan taat..
jika di tasbih, org yg lalai boleh sentiasa memegang tasbih utk kelihatan tawadu'
tapi ikhlas itu di hati, maka ikhlas itu adalah rahsia Allah swt..

kamu memandang manusia laen hina dan jijik
kerana ia tidak sprti kamu berkelakuan tampak mulia
jangan rasa diri mu lebih baik dari yg laen, kerana kebaikkan dirimu itu dtg dr Allah swt..
jika Allah swt tidak berkehendakkan dan tidak memberi pertolongan, maka tiada lah kebaikkan pada dirimu..pandanglah dirimu nescaya kamu akan melihat dirimu tiada apa2..kerana segala kebaikkan itu dtg dr Allah swt dan kpd Nya jua tempat hikmah itu kembali.

masuk syurga bukan kerana amal ibadat kamu, tp kerana iman dan rahmat dr Tuhan mu kepada dirimu. bahasakanlah yg baik itu dari Tuhanmu agar engkau tidak lupa bhawa dirimu itu hanya setitis air mani pd hari smlm, dan esok hari hanya lah sekujur daging kaku.

Thursday, October 15, 2009

wanita tua

seorang wanita yg menghabiskan 9 bulan utk membawa seketul daging
xpernah meninggalkan nya walau ke mana dia pergi..
kepenatan dan kesakitan bkn halangan bg nya..
tatkala bayi itu lahir dia lah yg pertama menitiskan air mata..
tatkala bayi itu menangis dia turut menangis..
seolah2 turut merasa kesakitan si kecil itu..
lidah nye berbisik kpd si kecil menyatakan syg dan kasih..
tangan nye digunakan utk mendukung dan menyuap si kecil itu
badan nya sentiasa melindungi si kecil dari segala sesuatu
kaki nya berjalan bg menyatakan hasrat si anak itu
seluruh anggota yg dikurnia di hambakan kerana kasih dan cinta kpd si anak kecil..

hari ini wanita itu sudah tua..
umur nya sudah menjangkau puluhan usia..
tiap detik yg berlalu ingin dia lalui bersama bayi yg dikandungnya dulu..
bayi yg tangannya di gunakan untuk menyuap makan..
bayi yg dihabiskan tiap malam menjaganya..
bayi yg tatkala lahir minum susu badannya..
ke mana pergi bayi itu hari ini..
adakah kerana sudah mula berdiri melupakan org yg mendukung nya dulu..
adakah sudah pndai berlari mula mencari wanita laen sbg pengganti sehingga lupa wanita tua itu..
adakah sudah lupa kasih dan cinta wanita tua itu terhadap dirinya..
adakah si anak itu mampu menitiskan air mata apabila melihat wanita tua itu, seperti mana wanita itu menitiskan air mata tatkala melihat si anak kesedihan dan kesakitan??

setiap masa dia ingin mendengar suara anak nya yg jauh di mata itu..
suara anak kecil yg menangis semasa lahirnye ke alam nyata..
suara yg menyebut nama nya ketika mula petah bicara..
suara yg memanggilnya ketika ketakutan dan kesunyian..
wahai si anak, lupakah kamu kepada wanita tua itu??
jangan kerana mencari dunia, engkau lupa kpd dia..
kerana dia tidak mengharap kn harta dan wang kamu..
sekadar ingin melihat kamu berjaya dan ingat kepada nya..
sbgai tanda trm kasih kamu di atas jasanya..
wanita itu tidak mengharapkan apa2..
hanya sepotong doa tatkala dia kembali pd yg Esa..
jika di tanya di masyar nanti kpd si wanita tua,
wanita itu menjwb dia sudah menjalankan tanggungjawab nya..
bila di tanya kpd si anak, apakah si anak sudah mnjLnkn t.jwb nya???

hargailah wanita tua itu kerana melaluinya kita datang, dan melaluinya juga kita akan pulang.

*maaf kerana byk membuat dosa dan melupakan ibu.

Friday, October 9, 2009

- - - -

sebuah pintu yg sudah lama tertutup dan masih lagi tertutup..
dan mungkin akan tertutup selama nya..

Thursday, October 8, 2009

hamba bersaudara

Segala puji hanyalah milik Allah SWT yang telah mempertautkan hati kaum mukminin dan menganjurkan mereka supaya bersatu padu dan saling berhimpun serta memperingatkan dari perpecahan dan perselisihan.

Janganlah kamu saling dengki, saling membenci, saling mengintip rahasia, saling bersaing, saling mencari keburukan, saling menawar lebih tinggi untuk menipu pembeli sehingga menawar tinggi, saling memutuskan hubungan, saling bermusuhan, janganlah sebahagian kalian menjual atas jualan yang lain. Jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak boleh menganiaya, tidak boleh menelantarkannya dan tidak boleh menghinanya.

Tidak ragu lagi, bahwa kewajiban Ahlus Sunnah di setiap zaman dan tempat adalah saling bersatu dan menyayangi di antara mereka serta saling bekerja sama di dalam kebajikan dan ketakwaan.

Cukuplah merupakan kejelekan seseorang apabila menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. Hati-hatilah bersangka buruk, karena sesungguhnya bersangka buruk adalah kata2 yang paling dusta.

Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat bentuk kamu dan hartamu, tetapi ia melihat hati dan perbuatanmu.”

(wallahu a'lam) tiada daya upaya melainkan dari NYA
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
“Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan darinya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sunday, October 4, 2009

Aril - Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

nice song..hehe
p/s: kak didie dgn wani..brjaya jugak jmpe lagu nie... ;p