Wednesday, September 30, 2009

picture

a picture worth thousand words

Wednesday, September 16, 2009

=)

syukur Alhamdu Lillah :)

*rezeki Allah taala kurnia, kdg2 tidak tercapai akal kita untuk memikirkan puncanya.. mungkin ini yg dinamakan nikmat yg tidak disangka2.hadiah dari Yg Maha Esa Alhamdu Lillah :)

Tuesday, September 15, 2009

cinta:antara akal dan rasa

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya, untuk melahirkan satu ikatan cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta antara dua jiwa dikatakan boleh meniupkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama kerana Cinta adalah anugerah dan kurnia. Lahir di atas rasa kasih yang Maha Pengasih kpd hamba2 Nya.

Janganlah bercinta jika tidak ada matlamatnya, janganlah bercinta jika ingin bersuka ria, jangan lah bercinta andai diri belum bersedia menerima amanah dan percaya, janganlah bercinta andai belum tiba akan masa nya..

adakala rasa itu perlu dirahsia. demi kebaikkan pada empunya. kerana bila sudah tiba masa dan ketika nya, baru la ia mula mempamerkan cermin hati yang hakiki dan perasaan yg benar. dengan izin dari Ya Rahim, akan bersatulah yang satu dan pada ketika itulah ia dinamakan cinta.

ada yg berpesan pd ku,
"selesaikan lah tanggung jawab kamu sebelum memikul tanggung jawab yg baru"

bukan niat menunjuk pandai sekadar berkongsi luahan rasa :)

Monday, September 14, 2009

;)

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
wujud aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari Maha Esa
Aku akui ada langkah serongku taklah hasratku setajam itu
Yang amat ku risau lidah hujan di banjiri
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluku ke sana
Dewasakan pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu


***Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka beroleh kebenaran. (Al-Baqarah : 186)***

Saturday, September 12, 2009

Lafaz yg tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Friday, September 11, 2009

stepmania fever..



sempena raya yg bakal menjelma xlama lg..sy nk promote kekwn sume "usb dance mania"..

bole dancing2 dgn org tersyg di hari lebaran ti..hehe

kalo nk taw detail bole layari http://mashimarossa.blogspot.com

kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sangat dialu-alukan. Boleh order sendiri ataupun order melalui cik saa di saa9987@gmail.com. Harga RM60.

Thursday, September 10, 2009

sEsUci LeBaRaN..~~

Di kesempatan ini, sy ingin menyampaikan salam lebaran buat keluarga yg berada di Gombak, harap bonda dan ayahanda dpt menunggu kepulangan anakanda di perantauan ini (hak2)..anakanda mybe balik lmbt sikit kerana ade urusan keje (sob2)..xlupe juga kpd teman2 dan sahabat2 yg berada di mana shja..khususnye di utp, adik2, abg2, akak2..n temsuk yg ada kt oversea 2..hehe di kesempatan ini juga, sy nk meminta maaf kpd sume sekiranye sbLm ini ade terlanjur bicara, tersalah perbuatan..minta maaf la ek..0-0 :D raya ti jmput la dtg ke rmh :) smga kedatangan syawal kali ini membawa keberkatan kerahmatan dan kejayaan buat kita semua..salam lebaran~~ (ceyh..lme lg kot nk raye..hahaha smngat2 =p)

p/s: pesanan buat sume n diri sy jugak, raye ti jgn mkn byk sgt..haha
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran

Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

Tuesday, September 8, 2009

msg

sum1 sent:

"Persahabatan itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani.
Setiap yg manis mampu dikenangi walau tiada di mata
kini ia hadir bile dirindui kerana asasnya ia kekal di dalam hati :) "