Wednesday, May 27, 2009

Guru

seorang Guru penah berpesan:
jikalau hendak berguru..carilah yg mursyid lagi siddiq..

Mursyid adalah seorang guru yang mampu membimbing kehidupan lahir dan batin. Istilah mursyid adalah dari perkataan mursyidun , maknanya orang yang memimpin.

Setiap orang memerlukan pemimpin yang memimpin dirinya, meskipun orang tersebut adalah ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam atau muallim, lebih-lebih lagi orang awam yang kurang ilmu dan kurang kefahamannya tentang Islam.

Orang yang memimpin (mursyidun), dia tidak sama dengan muallim (orang berilmu). Juga tidak sama dengan ustaz atau cikgu. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka hanya memandang faktor luar dan akal, tidak memandang faktor batin.Dengan izin Allah, seorang mursyid diberi ilmu-ilmu yang luar biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan saja dia mampu memimpin akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya.

Maka..Guru seperti ini yang amat diperlukan untuk memimpin kita membawa ke jalan yg diredhai Allah..fitrahnya, manusia itu memerlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkannya, membimbingnya dan menjadi tempat rujukkan baginya tidak kira pada usia muda atau pn sudah tua.

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat

ditambah pula ilmu makrifat

berpakaian pula dengan isyarat


(dipetik dari pantun Silat Cekak Msia)


Saya berpendapat, institusi perguruan ini sgt penting dalam pendidikan rohani dan jasmani manusia dalam usaha untuk menjadi hamba Allah swt yg bersifat sebenar benar hamba. kerana hanya dengan berguru kita dapat mengenali diri kita dan mengenali Allah Yang Esa.


1 comment:

fishies said...

sangat rindu pada die!
huhu..
bile la pulak
bole jumpa lagi...

(T_T)