Monday, December 5, 2011

Doa Hari Asyura

Doa Hari Asyura
Artinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

Ayah dan Ibu



Firman Allah swt:

"Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia.

(Al- Isra': Ayat 23)

Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku di waktu aku kecil"

(Al- Isra': Ayat 24)

Kelebihan Ibu dan Bapa
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." - (Riwayat Ahmad).

Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).

Hadis yang masyhur dan lazim digunakan:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:

Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Karamah ibu dan Hikmah bapa

Sepanjang 22 tahun hidup di bumi ini, segala nikmat dan kebahagiaan hidup yg dikecapi adalah kerana karamah dan hikmah ibu dan bapa. Sempena malam 10 Muharram, hari asyura, hari yang penuh dengan sejarah dan nikmat yang Allah Taala kurnia, marilah kita bersama-sama mendoakan ibu dan bapa kita sebagai tanda terima kasih dan ingatan buat mereka:

Dengan kehendak Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah ya Tuhanku, dengan kemuliaan bulan ini, dengan kemuliaan hari ini, sebagaimana Engkau menerima taubat nabi Adam as pada hari ini, sebagaimana Engkau mengangkat nabi Idris as dan Isa as ke langit pada hari ini, sebagaimana Engkau telah selamatkan nabi Nuh as dari bahteranya pada hari ini, sebagaimana Engkau menyelamatkan nabi Ibrahim as dari pembakaran Raja Namrud pada hari ini, dan sebagaimana Engkau menyelamatkan nabi Musa as di laut merah juga pada hari ini, pada hari ini aku memohon kepada Engkau, ampunkanlah kira nya dosa kedua ibu dan bapaku, kasihanilah mereka dengan sifat rahim Mu Ya Rahim, selamatkanlah kedua ibu dan bapaku di dunia dan di akhirat Ya Muhaimin, limpahkan rahmat dan kesejahteraan hidup ke atas roh dan jasad mereka, serta tempatkan lah mereka di tempat yang tinggi dan tergolong di dalam orang-orang yang memperoleh kejayaan serta kemenangan. Dan aku mohon kepada Engkau Ya A'zim, tolonglah lah aku dalam mentaati kedua ibu dan bapaku, dengan roh dan jasadku. Amiin Ya Tuhan, kabulkanlah permintaan hamba Mu ini yang hina ini.







Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami...dan itulah tempat pulang kami..
Karamah ibu + Hikmah Bapa + Berkat Guru

Thursday, December 1, 2011

Mimpi Di Siang Hari

Mimpi

Cinta adalah amanah dari yang Esa 
Cinta adalah kurnia dari yang Esa
Tanda sifat Ar-Rahim sang Pencipta

Nafsu adalah dugaan dari yang Esa
Nafsu adalah pembisik hati dan jiwa
Tanda hitam pada manusia

Hidup adalah hayat
Hayat adalah hidup
Tak sama pada yang wujud
Tak baharu qadim pun bukan

Yang nyata sembunyi
Yang sembunyi nyata
Kuatkan lah jiwa
Syukur banyak lafaz dan gerak

Pakai tak pakai
Tak pakai pakai
Ilmu ikhlas
Usaha terus doa

"Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya?,dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui(kejahatan hatinya)"

Jika kau dihadapkan dua perkara
Kau tidak tahu mana salah dan mana benar
Hindarkan hawa nafsumu sahaja
Ia hanya membawa orang pada siksa
Jika kau turuti permintaan nafsumu
Keharaman yang lain pasti dia akan minta lagi darimu

Jika kau suka mendapat kepujian
Terkabulnya cita-cita dari rahmat rabbi
Tinggalkan saja keinginan yang buruk ini
Dialah musuh yang lebih memusuhi
Dia selalu minta dan suka
Meskipun telah banyak melakukan dosa
Banyak yang buta kerana dia
Manusia itu adalah Rahsiaku, dan aku adalah RahsiaNya. 


"Kata Saidina Umar as: : "Bagi kau adalah huruf"