Sunday, September 19, 2010

:)

seorang wanita bertanya kpd temannya, mengapa dunia dicipta semua nya sepasang?

lalu temannya tersenyum dan berkata "kerana dunia itu mmg sepasang sifatnya"

wanita berkata: jelaskan kata-kata mu itu

teman: :) berdirinya dunia kerana sepasang. carilah, selepas itu tinggalkanlah dunia.kerana dunia sudah dalam genggaman mu.

wanita itu terdiam dan bertanya: apakah yg kamu ingin sampaikan kpd ku?

teman: :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

QS. Yasin (36): 36
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

QS. Asy Syuura (42): 11
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

QS. Adz Dzaariyaat (51): 49
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.

*"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

:)

Di khabarkan di sebuah tempat, terdapat seorg lelaki bercerita kpd teman nya:

di sebuah rumah dikhabarkan ada seseorang yg sgt kaya lagi dermawan dan pemurah. dan pemuda itu selalu membantu mereka yg di dalam kesusahan tanpa mengecewakan permintaan mereka. dan jika kita hendak meminta kepada ia, bagaimanakah caranya kita untuk berjumpa nya?

temannya menjawab: ceritakan lah wahai temanku..

lelaki: suka aku bertanya kpd mu, adakah wajar kita terus melulu meminta tlg?

teman: tidak.

lelaki: maka, apakah yg wajar kita lakukan?

teman: ajarkanlah kpd ku wahai teman..

lelaki: sebelum kita berjumpa, bukan kah kita perlu percaya dan yakin bahawa tuan rumah itu seorang yg pemurah. kemudian, mintalah izin kpd tuan rumah itu dan memberi salam. jika diizin baru lah kita masuk.

teman: kemudian apa lagi sahabat?

lelaki: puji lah akan kelebihan tuan rumah itu atas kesudian nya membenarkan kamu masuk. kemudian, ikhlaskan hatimu berterus teranglah dgnnya bahawa anda ingin meminta tolong. merayulah dgn ikhlas dan penuh pengharapan.

teman:terima kasih wahai sahabat,apakah yg harus ku lakukan kemudiannya?

lelaki: maka penghujungnya serahkan keputusan itu kpd tuan rumah itu. berilah salam kpdnya dan ucapkan terima kasih di atas kesudian nya memberi ada peluang utk berjumpanya. dgn penuh pengharapan kamu keluar berusaha menyelesaikan urusan kamu dan sentiasa yakin dan percaya tuan rumah itu akan membantu kamu.

teman: apakah yg ingin kamu sampaikan kpd ku wahai teman.

lelaki: :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (16:125)