Thursday, November 17, 2011

Grr..

Salam alaik,

Hari ni sangat tenang walaupun banyak kerje nak kena buat. Program yang terdekat lagi seminggu je tinggal. Progress report FYP pon nak kena hantar minggu ni. at the same time ada 2 tests yg sedang menanti. bile free, tersgt lah free, tapi bile banyak kerje, amboiih tak cukup tangan nak buat..hee 

Sambil-sambil buat kerja, as usual, saya online la jugak.. terbaca kat status  kawan-kawan.. "beratnye dugaan mu Tuhan".. bila time ada masalah, ramai yang suka cakap macam tu "ini semua dugaan dari Tuhan..sabar2"

erm, saya just terfikir la..saya rasa macam tak sesuai je kalo cakap macam tu..iye betol, memang semua ujian tu datang dari Tuhan, tapi sometime saya rasa kita perlu 'check' jugak diri kita..maybe dugaan tu datang sebab kita ada buat silap..thats why la Tuhan turunkan ujian tu..maybe jugak Tuhan turunkan ujian sebab nak suruh kita sedar kita ada buat silap.. tak boleh la all the time cakap, ini semua dugaan Tuhan, kita pon kena check la diri kita..at the same time tune balik, kot kite ade ter'over' buat something ke..sebab saya rasa, Tuhan tu tak zalim.. tapi berbeza dgn para Nabi, para Auliya, itu saya setuju, ujian yang Tuhan bagi tu sebab nak uji mereka, sebab nak naik kan darjat mereka..

Macam kita-kita ni, saya rasa lebih beradab kalau kita rasa semua ujian yang Tuhan turunkan tu, sebab kita ada buat salah..pandangan saya jela..sebab orang macam saya ni memang banyak buat salah hee

"orang yang baik tak kan pernah rasa diri dia baik, orang yang berasa dia buat baik, belum tentu dia baik"

*Cepat-cepatlah FYP ni habis..grrr

Wednesday, November 2, 2011

Budaya dan Warisan


gambar ihsan en. google *sekadar hiasan

Budaya dan warisan merupakan dua perkataan yang sering kali diperkatakan khususnya apabila membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan sejarah bangsa dan negara. Dari sudut tafsiran, Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal, atau secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.

Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Atau secara ringkasnya, budaya adalah cara hidup yang dikerjakan oleh manusia yang mana dapat membentuk budi pekerti yang baik dan tidak bercanggah dengan akal fikiran manusia yang waras.

Warisan pula dapat didefinisikan sebagai suatu (harta) peninggalan yang ditinggalkan oleh pewaris kepada ahli warisnya. Secara bahasa pula warisan berasal dari bahasa arab "al-miirats" yang beerti berpindahnya sesuatu dari seseorang kepada seseorang yang lain atau boleh juga disebut berpindahnya dari suatu kaum kepada suatu kaum yang lain.

Budaya atau kebudayaan merupakan suatu cara hidup (lifestyle) sesuatu kaum yang mana cara hidup tersebut diterima pakai dan dipraktikkan oleh sekumpulan manusia yang ramai. Jika lifestyle itu hanya dipraktikkan oleh segelintir manusia, maka itu tidak disebut sebagai budaya. Pada kacamata saya, budaya secara lazimnya berteraskan kepercayaan sesuatu kaum. Maka sesuai dengan kepercayaan itu, akan lahir amalan, adat dan adab yang menjadi simbol kepada kepercayaan kaum tersebut. Sebagai orang Melayu, saya mengambil contoh budaya Melayu itu sendiri. 

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, orang-orang Melayu pada ketika itu mengamalkan budaya atau cara hidup berteraskan agama Hindu. Maka, amalan-amalan seperti bertapa, memuja-muja dan cara kehidupan seharian mereka banyak diambil dari agama hindu. Namun begitu, selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, suatu transformasi besar-besaran telah berlaku ke atas orang Melayu itu sendiri. Perubahan dari sudut kepercayaan kepada agama Islam, telah membawa perubahan kepada budaya orang Melayu yang mana semua amalan, adat, adab, keperibadian dan semua aspek kehidupan adalah berteraskan agama Islam. 

Para ulama dan mubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Tanah Melayu dahulu telah berjaya mewujudkan suatu transformasi budaya yang mana di dalam budaya itu diisi dengan ilmu-ilmu dan kepercayaan (islam dan iman) yang sesuai dengan cara hidup masyarakat Melayu. Maka dengan mengamalkan budaya itu, akan lahir masyarakat yang mempunyai cara hidup yang berlandaskan Islam dan Iman.

Budaya Melayu yang telah ditransformasikan ini merupakan suatu warisan yang unggul. Namun begitu warisan ini tidak boleh diwarisi melalui pertalian darah. Ini kerana ilmu, islam dan iman tidak boleh berpindah atau diwariskan dari seorang bapa kepada anaknya. Oleh itu ia menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai orang Melayu yang beragama Islam untuk mempertahankan budaya ini. Jika kita tidak mempertahankannya, suatu masa nanti anak cucu cicit dan generasi kita mungkin tidak lagi dapat mengamalkan budaya ini. Memburukkan lagi keadaan budaya-budaya barat yang secara nyata berlandaskan agama-agama yahudi dan nasrani kian mendapat tempat dihati anak bangsa kita. 

Cukuplah sekadar mengambil ilmu dari luar, tetapi janganlah sampai membawa budaya mereka sekali. Kerana budaya adalah cara hidup, dan cara hidup orang Melayu adalah Islam.

Salam alaik :)

Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti




Hujan di bumi UTP: Rahmat yang Menanti


Cuaca di UTP kini tidak menentu. Di pagi hari cuaca amat panas terik, disusuli petang dengan hujan yang lebat. Boleh dikatakan hampir setiap hari begini. Tapi ini semua pemberian dari Allah, semoga hujan ini membawa Rahmat dari Ilahi. Hari ini penuh bermakna buat diri ini dan aku percaya buat semua ahli Silat Cekak. Pada malam ini akan diadakan tahlil untuk pengasas agung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, YM Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986 bersamaan 7 Zulhijjah 1406. 


Pengasas PSSCM, Ustaz Hanafi bin Ahmad
YM Almarhum Ustaz Hanafi 

Nama Hanafi bin Ahmad mungkin tidak semasyhur tokoh-tokoh pejuang bangsa yang lain. Nama beliau tidak lah terkenal seperti artis-artis di Malaysia ini. Namun, bagi ahli-ahli PSSCM, aku percaya dan yakin, nama beliau cukup disegani dan dihormati. Ini kerana jasa dan pengorbanan beliau dalam mendidik anak bangsa nya sendiri sehingga mengorbankan hampir keseluruhan hidup beliau dalam mengembangkan seni pusaka Silat Cekak. 

Sedikit maklumat mengenai Almarhum Ustaz Hanafi:
(Dipetik dari laman rasmi PSSCM: http://www.silatcekak.org.my)

Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).

Menyingkap semula zaman mudanya, Ustaz Hj Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim.

Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.

Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.

Menyingkap kata-kata hikmat beliau:

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Boleh jadi yang kamu sangat benci itu adalah mempunyai kebaikan bagi kamu, boleh jadi pula apa yang kamu tersangat berkenaan itu memudaratkan bagi kamu."


Seorang ulama berjiwa panglima, berpandangan jauh, mempunyai semangat kebangsaan yang cukup tinggi dan disegani. Tiada kata untuk saya menggambarkan keperibadian beliau. Bukan taksub, tapi kagum. Di kacamata saya, Ustaz Hanafi ini merupakan seorang yang bijaksana dan berjaya kerana melalui budaya beliau telah berjaya mendidik ramai ahli-ahli Silat Cekak ke arah kebaikkan dan kejayaan. Ini bukan cerita tapi ini sejarah dan ada bukti yang nyata. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh almarhum ustaz Haji hanafi. Al-fatihah

*terima kasih ustaz walaupun tidak sesaat pernah bersua =)

Sebenar Guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan Isyarat

    

Saturday, October 29, 2011

Majlis Konvokesyen PSSCM zon tengah

Majlis Konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Tarikh: 22 Oktober 2011
Tempat: Dewan Unikl-BMI

Pembesar-pembesar Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM

Para Pentadbir PSSCM bersama YM Guru Utama 


Perarakkan masuk para VIP

Penerima Sijil Menengah dan Rendah PSSCM yang belakang lelaki baju putih ni mama i la. congrate dapat sijil menengah :)

Penerima Sijil Rendah PSSCM dari UTP dari kiri: azhan, safwan (kepujian), zakirin, fifie, syafiq, syamim (kepujian)

Ydp Perak aka Penyelia UTP, sapa lagi kan Abg Halim hehe

eh sape yang kacak tu ^^

eh ni pon ade..sape pulak la ni kan =P

Perarakkan keluar para VIP

Ahli-ahli PSSCM Cawangan Perak "Bersama Bersatu"

Tahniah buat semua yang telah berjaya Ujian Sijil Rendah dan Menengah PSSCM. Semoga terus ditetapkan hati dalam perjuangan agama bangsa dan negara ini. 

Bersama dan Bersatu


*upcoming event di utp pulak:  Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM 1 Muharram 1433 H ^^

1 Zulhijjah 1432 H



Hari ini 1 Zulhijjah 1432 H. sampai sudah kita ke akhiran bulan untuk tahun 1432 H. kepada jemaah-jemaah haji yang akan menemui Allah swt di Tanah Suci, Selamat Menunaikan Ibadah haji. Semoga pulang bersama haji yang mambrur =). Doakanlah keselamatan umat islam kesemuanya.


Salam alaik buat semua :)


*teringin nya nak pergi. bila la dapat pergi kan.hee


Hujan rahmat dipetang hari

Benarlah kata-kata orang tua, hidup ibarat roda. Ada masa di atas dan ada ketika ia di bawah. Sentiasa berputar mengikut masa dan ketika. Tetapi kita terlupa, roda itu ada yang menggerakkan nya. Walaupunia berputar pada putaran yang sama, tetapi jalannya tak selalunya rata. Setiap jalan memberi bekas kepada roda, sebagai tanda ingatan jalan yang ditempuh. Berputarlah mengikut putaranNya. Namun, satu roda tetap tidak membawa makna.


Malam ini begitu dingin sekali. Bumi yang basah dihujani air, angin mengambil tugas meniupkan tanah tandus ini. Kegelapan malam begitu indah jika ditafsir mengunakan akal. Di kala siang, cahaya nya menyinari pelusuk alam. Di kala malam, bintang-bintang menemani hati. Mengapa siang tidak kelihatan sang bintang? Mungkin yang indah itu hadir ketika kegelapan. Mungkinkah dikala siang ia menyendiri? Sebenar sahabat seperti bintang, ada diwaktu siang tetapi tidak kelihatan, dikala kegelapan malam  ia hadir menyumbang cahaya. Benarlah kata orang-orang tua, teman gembira mudah dicari, teman menangis mungkin sesekali. 






ukirlah senyuman di malam hari, cahaya pagi sedang menanti..berselimut, selamat malam

Friday, October 28, 2011

Kelebihan ilmu

Kelebihan Ilmu


Sempena hari Jumaat yang penuh dengan berkah dan rahmat, suka saya berkongsi sekadar pengetahuan yang ada mengenai kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah kepada orang-orang yang berilmu. Disampaikan melalui Jibril as kepada Rasulullah Saw dalam kitab Al-quran menceritakan tentang kelebihan orang-orang yang berilmu:


Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Mujaadalah: ayat 11, tafsirnya: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat".


Kelebihan orang yang berilmu sudah tentu tidak sama dengan orang yang jahil. Perbezaan tahap ilmu setiap insan membezakan tahap pemikiran dan keimanan mereka. Ini kerana untuk mencapai atau memperoleh iman, maka seseorang manusia itu wajib untuk berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya. Maka untuk itu, usaha perlu disertakan dengan ilmu dan amal.


Kelebihan orang-orang yang berilmu banyak diceritakan dalam hadis-hadis Rasulullah saw dan dinukilkan oleh sahabat-sahabat yang empat. Antaranya ialah:


Pewaris para nabi
sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh abu Daud dan Tarmizi, " orang-orang yg berilmu adalah pewaris para nabi"



Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah saw, riwayat Abu Naim drp Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kpd raja" 



Jika dikaji dengan lebih mendalam mengenai ilmu, maka ilmu hanya lah sekadar pengetahuan yang mana tidak boleh memberi bekas (tak dak kuasa). Maka yang mempunyai kuasa itu hanyalah Allah swt, sesungguhNya Dia lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  Tetapi apakah kelebihan sesuatu ilmu itu sendiri? Maka tidak lain kelebihan itu terletak kepada keberkatan sesuatu ilmu. 


Ketinggian ilmu tidaklah bererti tingginya iman seseorang manusia. Ini kerana iman adalah kurnia Allah kepada mereka-mereka yang Allah swt kehendaki. Seperti yang dituliskan pada permulaan entri, untuk mencapai/ memperoleh iman, maka usaha-usaha ke arah itu perlu disertakan dengan ilmu. Maka dengan beramal dengan ilmu yang ada berkat, walaupun amalannya tidak banyak tetapi dapat memberi bekas ke dalam hati pengamalnya. Ilmu yang ada berkat perlu kepada Guru-guru yang ada salasilah perguruannya, yang sampai sanad nya kepada Rasulullah saw, yang ada perhubungannya kepada Allah swt dan Rasulullah saw. 


Maka guru-guru yang mempunyai salasilah/susur galur ilmu yang sampai kepada Rasulullah saw ini, adalah Guru-guru yang membawa ilmu/amanah yang mana Allah swt mengurniakan keberkatan ke atas diri mereka. Sebuah hadis menceritakann sekiranya kita hadir bersama-sama orang yang ada berkat, maka keberkatannya itu akan terlimpah kepada mereka yang ada disekelilingnya. Apatah lagi jika kita mengamalkan ilmu yang ada keberkatan, maka dengan keberkatan itu kita memperoleh keuntungan dan kelebihan, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. 


“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” (Diriwayatkan oleh Muslim).


Tetapi untuk mendapatkan kesempurnaan dalam melakukan ilmu(amal dan ibadat),  maka pelbagai proses perlu dilalui oleh setiap insan. Ini kerana tidak ada jalan pintas (short cut) untuk kita memahami agama Islam dan mencapai tahap keimanan secara terus. Maka dengan melalui dugaan dan ujian yang dikurniakan oleh Allah swt, tingkatan ilmu itu akan berubah dari satu peringkat ke satu peringkat mengikut fitrah insan tersebut. Ilmu yaqin--> ainul yaqin-->haqqul yaqin-->kamalul yaqin (proses yang perlu dilalui).


Untuk itu, kita janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan
yang mudah. Sebaliknya, setiap insan yang bercita-cita untuk menuju ke hadrat Allah swt, perlulah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut masa, tenaga, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak perngorbanan. Baginda Rasulullah saw menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda:


"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah  swt akan memudahkan baginya jalan ke syurga" (hadis riwayat Muslim)


Maka orang-orang yang berilmu, yang mana mereka telah melalui proses dan beroleh nikmat/kesan ke atas ilmu yang telah diamalkan, maka mereka di ibaratkan seperti sebuah pohon. Yang mana mereka menjadi tempat teduh kepada manusia lain. Dan sekiranya mereka beriman, maka mereka bukan sahaja menjadi pohon, malah menjadi pulau yang mana ramai manusia mendapat manfaat dari mereka.


Pesan saidina Ali karamullahu wajhah,
Untuk selamat fitnah di akhir zaman ini, dalamlah fahaman agama, dan bodohkan diri.


Semoga memberi manfaat. As-salam :)

Thursday, October 27, 2011

Kata-kata hikmah ulama berjiwa panglima



Jika mengharapkan pandangan dunia, dapat dunia

 Jangan salahkan apa yang berlaku, tetapi buat yang betul

 Berani, yakin dan percaya kepada Allah adalah jalan mencapai iman. tetapi perlu ikhtiar dan usaha. untuk usaha, kena ada ilmu.

 Berbaik sangka sesama manusia, tetapi berhati-hati

 Jangan selalu berselisih pendapat, kelak membawa selisih di hati

 Mengenang jasa adalah perkara pokok, bukan ranting

 Benar, amanah dan tauhidkan hati kepada Allah

 Buangkanlah segala perasaan yang buruk di dalam hati, letak Rasulullah di hadapan.

YM GU DHMKS

Tawassul Part 3


Pandangan Ulama Madzhab

Pada suatu hari ketika kholifah Abbasiah Al-Mansur datang ke Madinah dan bertemu dengan Imam Malik, maka beliau bertanya:"Kalau aku berziarah ke kubur nabi, apakah menghadap kubur atau qiblat? Imam Malik menjawab:"Bagaimana engkau palingkan wajahmu dari (Rasulullah) padahal ia perantaramu dan perantara bapakmu Adam kepada Allah, sebaiknya menghadaplah kepadanya dan mintalah syafaat maka Allah akan memberimu syafaat". (Al-Syifa' karangan Qadli 'Iyad al-Maliki jus: 2 hal: 32).

Demikian juga ketika Imam Ahmad Bin Hambal bertawassul kepada Imam Syafi’i dalam doanya, maka anaknya yang bernama Abdullah heran seraya bertanya kepada bapaknya, maka Imam Ahmad menjawab :"Syafii ibarat matahagi bagi manusia dan ibarat sehat bagi badan kita"

 (شواهد الحق ليوسف بن إسماعيل النبهانى ص:166)

Demikian juga perkataan imam syafi’i dalam salah satu syairnya:

آل النبى ذريعتى # وهم إليه وسيلتى
أرجو بهم أعطى غدا # بيدى اليمن صحيفتى
(العواصق المحرقة لأحمد بن حجر المكى ص:180)  
"Keluarga nabi adalah familiku, Mereka perantaraku kepadanya (Muhammad), aku berharap melalui mereka, agar aku menerima buku perhitunganku di hari kiamat nanti dengan tangan kananku"

Pandangan Imam Taqyuddin Assubuky
Beliau memperbolehkan dan mengatakan bahwa tawassul dan isti’anah  adalah sesuatu yang baik dan dipraktekkan oleh para nabi dan rosul, salafussholeh, para ulama,’ serta  kalangan umum umat islam dan tidak ada yang mengingkari perbuatan tersebut sampai datang seorang ulama’ yang mengatakan bahwa tawassul adalah sesuatu yang bid’ah. (Syifa’ Assaqom  hal 160)

Pandangan Ibnu Taimiyah
Syekh Ibnu Taimiyah dalam sebagian kitabnya memperbolehkan tawassul kepada nabi Muhammad SAW tanpa membedakan apakah Beliau masih hidup atau sudah meninggal. Beliau berkata : “Dengan demikian, diperbolehkan tawassul kepada nabi Muhammad SAW dalam doa, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Turmudzi :

أن النبي علم شخصا أن يقول : اللهم إنى أسألك وأتوسل إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إنى أتوجه بك إلى ربك فيجلى حاجتى ليقضيها فشفعه فيّ (أخرجه الترميذى وصححه).

Rasulullah s.a.w. mengajari seseorang berdoa: (artinya)"Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dan bertwassul kepadamu melalui nabiMu Muhammad yang penuh kasih, wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawassul denganmu kepada Allah agar dimudahkan kebutuhanku maka berilah aku sya'faat". Tawassul seperti ini adalah bagus (fatawa Ibnu Taimiyah jilid 3 halaman 276)

Pandangan Imam Syaukani

Beliau mengatakan bahwa tawassul kepada nabi Muhammad SAW  ataupun kepada yang lain ( orang sholeh),  baik pada masa hidupnya  maupun  setelah meninggal  adalah merupakan ijma’ para shohabat.