Friday, September 11, 2009

stepmania fever..



sempena raya yg bakal menjelma xlama lg..sy nk promote kekwn sume "usb dance mania"..

bole dancing2 dgn org tersyg di hari lebaran ti..hehe

kalo nk taw detail bole layari http://mashimarossa.blogspot.com

kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sangat dialu-alukan. Boleh order sendiri ataupun order melalui cik saa di saa9987@gmail.com. Harga RM60.

Thursday, September 10, 2009

sEsUci LeBaRaN..~~

Di kesempatan ini, sy ingin menyampaikan salam lebaran buat keluarga yg berada di Gombak, harap bonda dan ayahanda dpt menunggu kepulangan anakanda di perantauan ini (hak2)..anakanda mybe balik lmbt sikit kerana ade urusan keje (sob2)..xlupe juga kpd teman2 dan sahabat2 yg berada di mana shja..khususnye di utp, adik2, abg2, akak2..n temsuk yg ada kt oversea 2..hehe di kesempatan ini juga, sy nk meminta maaf kpd sume sekiranye sbLm ini ade terlanjur bicara, tersalah perbuatan..minta maaf la ek..0-0 :D raya ti jmput la dtg ke rmh :) smga kedatangan syawal kali ini membawa keberkatan kerahmatan dan kejayaan buat kita semua..salam lebaran~~ (ceyh..lme lg kot nk raye..hahaha smngat2 =p)

p/s: pesanan buat sume n diri sy jugak, raye ti jgn mkn byk sgt..haha
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran

Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

Tuesday, September 8, 2009

msg

sum1 sent:

"Persahabatan itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani.
Setiap yg manis mampu dikenangi walau tiada di mata
kini ia hadir bile dirindui kerana asasnya ia kekal di dalam hati :) "

Monday, August 31, 2009

jom kite jom

jom kite jom..

di buLan yg baik nie, sy ingin menyarankan satu kempen "jom kite jom"..

aktiviti2:

*bermaaf-maafan sesama kita
-lupe kn lah apa yg dah lepas, bak kate p.ramlee "buang yg keruh amik yg jernih"..hee
mari la bersalam-salaman, hapuskan segala persengketaan, ingt balik kenangan kite dlu sama2, moga itu dpt menyenangkan kita semua..


*ikhlaskan senyuman
-senyum :) jgn lah bersedih,berduka atau pn kecewa.. mari kita bersyukur dan gembira..kerana hidup ini satu kurnia..

*muhasabah diri
-aktiviti utk sy juga..mari kita menginsafi diri, kita byk buat salah dan silap.. Moga Ramadhan kali ini mnjadi titik permulaan buat kita memperbaiki diri..

*bersama dan bersatu
-yg ni yg plg penting..jgn la kita gado2 lg.. xbawa ape2 keuntungan pn.. ckop la dgn apa yg dah terjd dan kita lalui.. anggaplah ia sbg ujian.. rahmat dr Tuhan spya kita lebih menghargai sahabat2 kita :)

*menjaLankan ibadat
-yg ni tersgt la pntg..jgn xpuasa..xbaek ponteng2.. hehe beribadatlah kerana Allah, jgn beribadat kerana Ramadhan..

*mari berdoa (mcm rancangan kt tv lak, mari mengaji..hehe)
-jgn la sunyi dr mendoakan kwn2 kite, bak kate org " ingt daku dlm doa mu" hik2

Ya Allah, satukan lah hati2 kami, perbaiki lah hubungan diantara kami, jauhilah permusuhan diantara kami, peliharalah kami dari sesuatu yg boleh membawa perpecahan kpd kami,dan tetapkan lah hati2 kami dalam perjuangan agama Mu sehingga akhir hayat kami.Amiin

--doaku buat teman,
ya Allah ya Tuhanku, kurniakan lah kebaikkan buat sahabat2 ku di dunia dan di akhirat, selamatkan mereka dr segala bala bencana, dan golongkan mereka dalam golongan hamba Mu yg peroleh rahmatMU.Amiin :)

Jom kite Jom..hee :D

persahabatan begitu tinggi nilainya..
*gamba sekadar hiasan..haha

Wednesday, August 26, 2009

Renungan bersama

Lihat Jgn Percaya..Dengar Jgn Percaya
Fikir Dgn Akal Yg Waras..Baru Buat Keputusan Yg Wajar

Jgn lihat pd yg nyata, nanti kamu akan teperdaya..
Kerna banyak yg bermata, tp masih belum celiknya..
Mungkin luar baik lihatnya, tp di dalam isi tiada..
Kerna isi itu adalah kurnia, dan kurnia itu hak Sang Pencipta

Lahirnya amal kerana ilmu
Lahirnya ilmu kerana Guru
Sebenar taat perlakulah kamu
Semoga berkatnya ada disampingmu

"Ya Allah Ya Tuhan kami, tetapkan lah hati-hati kami dalam perjuangan agama Mu, bersama-sama pemimpin yg diangkat oleh Mu, jangan lah engkau membalik-balikkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, sesungguhnya Engkau Tuhan Yg Maha Pengasih"

Aku bkn la org yg bijaksana
Dpt melihat segala yg rahsia
Sekadar berpesan buat diriku dan semua
Berjaga-jaga lah dlm urusan agama
Kerana yg benar seni kata Nya
Ibarat rambut, tujuh belahnya

Tuesday, August 25, 2009

~~~~

------------------------------------------------------------------------------------
ku biarkan pena ini menulis
meluahkan segala isi hati ini
tidak tercapai pengungkapan kalam ku
untuk menyampaikan apa yg terbuku
mungkin ini sudah takdirnya
mungkin ini sudah kehendaknya
biarlah ia menjadi rahsia
mungkin disitu terletak hikmahnya
setiap insan ada cerita nya
setiap cerita ada jalan nya
setiap jalan ada ranjaunya
setiap ranjau pasti ada penghujungnya
Tapi yg pasti semua itu telah ditetapkan oleh Penulis Cerita
yang menggerakkan pena nya utk menulis
tidak aku membenci, cuma aku kesali
mungkin ini ranjaunya..tapi aku percaya ini bukan penghujungnya...

-khairi roslim-
------------------------------------------------------------------------------------

Friday, August 21, 2009

kehadiran yg dinanti

************************************************************************
setelah setahun berpisah, akhirnye dipertemukan juga oleh Nya bersama ramadhan sekali lg.. bulan seribu bulan, bulan penuh kelimpahan rahmat dan kemuliaan, bulan penuh nikmat dan kurniaan, utk membuktikan kasihnya Sang Pencipta kpd hamba2 Nya.. welcome Ramadhan :) berpuasalah demi Tuhanmu, beramal lah demi Tuhanmu, beribadat lah demi Tuhanmu. ikhLaskan lah hati mu, bersihkan la ruhani dan jasmani mu, hilangkan lah segala persengketaan di kalangan kamu, maaf kan lah saudara2 kamu.. semoga kamu diberi keampunan dan hidayah oleh Tuhan mu.. semoga ramadhan ini membawa perubahan dan kebaikkan kpd kita semua agar ditetapkan hati dan diterima oleh Nya, sebagai hamba yg taat setia, bukan syurga dan pahala menjadi tujuan, tetapi rahmat Tuhan yg kami dambakan.. selamat menjalani ibadah puasa kpd mukminin mukminat muslimin dan muslimah sekalian.
************************************************************************

~~~

Tidak layak bg ku mengharapkan semua ini, sekadar menyatakan hasrat di hati...
moga di buka kan pintu hati ini, dan dipertemukan dgn yg hakiki..

aku inginkan seorang wanita bkn kerana rupa parasnya,
tetapi kerana keluhuran peribadi nya
aku inginkan seorang wanita bkn kerana kemewahan hartanya,
tetapi kerana kemewahan iman dan hati nya
aku inginkan seorang wanita bkn utk memenuhi nafsu ku,
tetapi kerana mentaati sunnah Rasul ku
aku inginkan seorang wanita bkn kerana kemahuanku dan kehendakku,
tetapi biarlah di atas kemahuan dan kehendak Nya
aku inginkan seorang wanita bkn utk ku jadikan alat dan tujuan hidupku..
tetapi untuk dia menemani ku dalam perjuangan Mu

aku bukan mencari kesempurnaan yg ada pada dirinya
sekadar mencari redha Mu yg sempurna
kerna ku tahu ku hamba yg hina
tak layak bagi ku mendambakan sesuatu yg tinggi nilainya

-khairi roslim-


Wednesday, August 19, 2009

*

kalau itu takdir nye..
walaupn pahit tetap akan ku teLan..

wpon perit tetap akan ku lalu..
biar lah apa kata mereka..
aku bkn berjalan kerana aku..
aku bkn buat kerana aku..
aku bkn mencari suka mereka..
aku bkn berkiblatkan cinta mereka..
jikalau lah mereka mengerti..
demi perjuangan ini..tetap aku redahi
mungkin itu takdir Nya

--jujur dr hati ini.. khairi rosLim