Thursday, July 2, 2009

17-selalu mengalah

Artis: Seventeen
Lirik / Lagu : Selalu Mengalah

Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini

Pertengkaran yang terjadi
Seperti semua salahku

reff:
Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernah kah kau berpikir
Sedikit tentang hatiku

Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku
Masih bisa bersamamu

Monday, June 29, 2009

yang patah akan tumbuh

patah tumbuh hilang berganti

nampak macam mudah tp sebenarnya pengertian yg hendak disampaikan itu begitu tinggi nilainya..maka benarlah kata orang.. Melayu kaya dengan bahasa, berkalam dengan kiasan.. beralas dalam ungkapan.. patah bukan bermaksud mati, cuma ia pulang ke tempat asalnya, dahan yang patah berjuang seumur hidupnya mengeluarkan daun, bersama-sama dahan yang lain tatkala hujan lebat dan angin bertiup.. maka jika sudah sampai masa nya ia patah dan jatuh ke tanah semula.. dan perjuangan itu di sambung pula oleh dahan yang baru dengan matlmat dan hala tuju yg sama.zahir nya tampak berbeza tp sebenarnya sama je.

sungguh bijak tok nenek moyang kita berkias.. *bangga2*

huu~

kadang kala aku bingung memikirkan haluan hidupku,hala tujuku, matlamat dan penghujungku

dimana kah pengakhiran nafas hidupku.. apakah hembusan itu membisik kan kalam Mu

atau kesudahan yang bukan kemahuan ku..

Monday, June 1, 2009

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)

Lirik Pergi-Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Thursday, May 28, 2009

man utd


man u kalah dgn barca..woo~~
erm..tp takpe..puas hati..sbb barca mmg deserve 2 win..game play diorg mmg cantik..dgn messi right side, iniesta dgn xavi kt center..perghh,mmg quality nye ball control..respect2
at dis stage mmg nk man utd menang, tp nk wat cane..xde rezeki n barca mmg best team congrate 2 barca..credit 2 eto dgn messi (selambe je score)..overall season nie aku really hepy dgn man utd hope next season they can play better..amik balik Euro Cup dr barca =) hee

for next season hope man u bole beli striker yg sharp just utk score cm nistelrooy dlu..pas2 yg tua2 jual je la..hehe defend EPL Champion for 4 season berturut2..kaman2 =)

grad mrsm

After suboh pg td, aku pn lepak la kt depan pc..cm besa lar xle tdo..slalunya kt kol 7 tu baru mata ni nk ngntuk..so time 2 explore2 la pc,kemas brg2 sbb jumaat ni nk g Terengganu (hepy mode..huhu)..tetbe nk dijadikan cite tejumpe la satu cd lame..(jgn pk bkn2 plak=p)..so apa lg, try la bkak.. got suprise sbb cd 2 contains pic2 time grad kt mrsm dlu..gamba2 yg da lme cari..hee (seronok2)..

antara gamba2 yg ade :

dgn parent =)


best freind (boy)..megat =)



best freinds =) haha

kat mane la diorg2 nie sume skg..wish aLL da best for u guys..n kalo ade rezeki hrp2 bley gathering ramai2 balik cm dlu.. =)

cinta

cinta..

apekah itu cinta??
aku sendiri masih mencari2 apekah erti kalam cinta itu sendiri..
apekah cinta itu mesti perlu diungkapkan dengan kata dan bicara
atau sekadar puisi dan ayat2 manis bingkisan kalbu
tiupan udara dan hembusan nafas mengatakan aku cintamu
dizahirkan melalui perbuatan beserta janji2 palsu
sekadar sayang dan rintihan rindu
memenuhi kehendak hawa dan juga nafsu
adakah itu dinamakan cinta..


cinta itu amanah
kurniaan illahi yang begitu indah
bagi mereka yg memelihara baiah
mengasihi saudara satukan ummah

lahirnya khianat tanggal la ia
maka hawa munculkan rupa
hati terang menjadi buta
telunjuk nafsu menutup cahaya

pelihara lah diri mu dari bahaya
andai diri merasa hina
kenal lah diri mu rata2
utk mengenal Tuhan yg nyata

kenal sudah nyata baharu
maka fana kan la diri mu
teguh kan iman tetapkan hatimu
kuatkan iktikad pelihara ilmu

lihat la yg maha melihat
supaya tak terlihat oleh mu yg terlihat
selagi lihat maka tak lihat
maka yg tak lihat itu lah yang lihat

di kala itu iman berkata
Tuhan beserta kasih pun tiba
hati mula diketuk rahsia
kasih dan cinta mula terasa
itu lah martabat makam pencinta
bila bertemu Yang Maha Pencipta


cinta itu amanah kurniaan Tuhan kepada hambanya bagi menyatakan ada nya Dia. fikir-fikirkan lah..

pelihara kasih mu pada 3 orang ini:
  1. Guru
  2. Ibu
  3. Bapa

anak kunci hati..hehe =p

Wednesday, May 27, 2009

Guru

seorang Guru penah berpesan:
jikalau hendak berguru..carilah yg mursyid lagi siddiq..

Mursyid adalah seorang guru yang mampu membimbing kehidupan lahir dan batin. Istilah mursyid adalah dari perkataan mursyidun , maknanya orang yang memimpin.

Setiap orang memerlukan pemimpin yang memimpin dirinya, meskipun orang tersebut adalah ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam atau muallim, lebih-lebih lagi orang awam yang kurang ilmu dan kurang kefahamannya tentang Islam.

Orang yang memimpin (mursyidun), dia tidak sama dengan muallim (orang berilmu). Juga tidak sama dengan ustaz atau cikgu. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka hanya memandang faktor luar dan akal, tidak memandang faktor batin.Dengan izin Allah, seorang mursyid diberi ilmu-ilmu yang luar biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan saja dia mampu memimpin akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya.

Maka..Guru seperti ini yang amat diperlukan untuk memimpin kita membawa ke jalan yg diredhai Allah..fitrahnya, manusia itu memerlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkannya, membimbingnya dan menjadi tempat rujukkan baginya tidak kira pada usia muda atau pn sudah tua.

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat

ditambah pula ilmu makrifat

berpakaian pula dengan isyarat


(dipetik dari pantun Silat Cekak Msia)


Saya berpendapat, institusi perguruan ini sgt penting dalam pendidikan rohani dan jasmani manusia dalam usaha untuk menjadi hamba Allah swt yg bersifat sebenar benar hamba. kerana hanya dengan berguru kita dapat mengenali diri kita dan mengenali Allah Yang Esa.


suatu pagi

huh~penat2..
dah lame xmain "fLying selipar" atau nama melayu nye baling
selipar..menurut sejarah..permainan ini mula didapati di suatu
perkampungan melayu..sepasang suami isteri yg bergaduh kerana
berebut nk menonton tv..lalu si isteri yg tewas (biasa la..laki mst
menang..bias2..hik2) membalingkan beberapa helai selipar menuju ke arah suami nya..anak2 muda di kampung itu yg terlihat kejadian tersebut..telah mendapat ilham dan mula mempraktikkan permainan baling selipar dan sejak dari itu permainan ini mula mendapat tempat di hati anak2 muda..hee~

*rekaan semata2.tiada kaitan dgn sape2 pn.huu

gamba hiasan sahaja

penat2..seharian travel dr penang,then balik UTP..mlm kuar
mkn pulak..pas2 tgh2 mlm..ade lak yg ajak men baling selipar..
adess~~(sab la nie..bkn nme sebnar). mula2 rase penat..ingtkan
nk tdor je smbil menikmati pemandangan yg indah..ditambah
pula background music phone abg amin(juga bukan nme sebenar)
dan suara latar kekanda2 ku..(jk askone dan killerbullet)..tp after
terpandang wajah2 mereka yg seronok bermain..terasa plak
nk join skLi..at the end join gak..huhu~

list of players
team A : tenmachan killerbullet mukhros
team B : JK askone chillsberry KAT507

result of the game:
team A mentitikkan team B dengan jurang yg agak besar..
(maaf result xle gtaw..ti ade yg sentap..tulis kt bLog plak :P)

sgt seronok sbb teringat balik zaman muda2..time kecik2..
bile dah besar nie..rindu plak zaman budak2 dlu..
(aish..tacing plak :D) ngee~~

so pas nie..siapa yg berminat boleh la memberi nama..
pas2 kite set satu hari..kita main ramai2..haha..daa~~