Monday, February 3, 2014

Matlamat & Kaedah

Character diri individu mencerminkan falsafah dan prinsip diri individu tersebut. Kadang-kadang agak janggal melihat institusi-institusi yang secara dasarnya beteraskan ilmu dan agama tetapi kesan terhadap amalan tersebut melahirkan sifat-sifat sebaliknya. Acapkali saya melihat sesetengah pihak yang cenderung dalam mengajak manusia ke arah kebaikkan tetapi apabila kaedah yang digunapakai tidak sama dengan mereka, akan di tolak dan di canang dengan keburukkan dan tambah buruk lagi mereka berusaha untuk menjatuhkan institusi tersebut. Saya tertanya-tanya..dakwah apa yang mereka cuba sampaikan?

Dalam mengajak manusia ke arah kebaikkan, ada dua elemen yang sangat penting pada pengamatan saya. Pertama, matlamat dan tujuan kita. Kedua, kaedah yang sesuai atau berhikmah dalam menyampaikan tujuan tersebut. Sekiranya tujuan dan matlamat kita jelas, maka pasti kita akan dapat melihat kaedah yang tepat dalam menyampaikan tujuan kita tersebut. Kita mengajak orang lain membuat kebaikkan, contohnya pergi ke masjid, membaca al-quran, jangan membuat maksiat dll. Bagi mereka yang memang berkendak akan kebaikkan, maka tidak menjadi masalah untuk mengajak. Persoalan mula timbul, macam mana nak ajak yang tak nak? yang mempunyai latar belakang yang gelap? yang kaki botol, kaki judi, kaki betina, mat rempit? adakah kaedah yang sama sesuai? Jangan cerita nak ajak ke masjid? agama pun mereka tak tahu dan tak percaya.

Jadi sekiranya ada pihak yang berusaha bergaul dan berusaha memperbaiki akhlak mereka mengunakan kaedah yang lain..mengapa mereka dikecam dan di label dengan perkataan yang tidak baik? salah ke tidak kan begitu? kita tidak mahu menyampaikan kebaikkan kepada mereka, kita syok cerita agama pada yang dah baik ni, kemudian menganggap diri sebagai pejuang agama. yang teruk-teruk kita hina, bila ada yang nak perbaiki mereka, kita kempen jangan bagi. kita saja yang betol dan boleh menyampaikan kebaikkan.. betul ke kita ni?? 

" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (An Nahl:125 ﴿

Saya agak terkilan dengan peranan sesetengah pihak yang suka mencanang keburukkan dan tindakkan mereka yang memandang hina golongan ini. Kalau rasa tidak sesuai bawalah berbincang, tiap-tiap kita ada peranan masing-masing. yang penting matlamat dan tujuan kita sama. sebab kaedah yang digunapakai mengunakan Quran dan hadis tetapi disampaikan melalui cara yang berhikmah mengikut kesesuaian ummah pada ketika itu. Cari lah jalan penyatuan bukannya perpecahan.

Suka saya menegur pihak-pihak ni, cubalah kita muhasabah dan mengkaji diri kita. Hari-hari kita berjemaah di masjid, tak cukup dengan itu, ditambah solat malam, puasa sunat, mengajak kebaikkan, tetapi mengapa masih ada penyakit-penyakit hati seperti dengki, busuk hati dan khianat. Malah ada yang memandang diri mulia, riak dan kagum dengan amalan sendiri. Bukankah jika kita benar dalam solat, kita akan mendapat kejayaan bahkan dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar? bagaimana nak mendapat kejayaan hakiki kalau hati masih khianat, membuat fitnah dan dengki. bukankah ini sifat-sifat iblis? hakikatnya, semakin banyak kita beramal, semakin jauh kita dengan Tuhan. Lagi banyak kita beramal, tetapi tiada makna dan kesan kerana kebaikkan tersebut pergi kepada mereka-mereka yang kita hina dan pandang rendah tersebut. 

Persoalannya, mengapa apa yang kita canang tidak sama dengan apa yang kita dapat? semakin kita beramal dan berilmu, semakin bertambah penyakit hati. Bukankah sepatutnya semakin tinggi ilmu dan amalan kita, semakin kita merendah diri dan melihat diri kita hina dan jahil. jadi betol ke kita ni? tepuk dada tanyalah selera.

Saturday, August 31, 2013

Berbisik-bisik

pemandangan mata zahir yang terhijab
tidak beerti hati tidak mengerti
kadang terbuka pintu rahsia
pemandangan mata hati tiada batasan
mulut tidak terucap
rahsia diri tidak boleh dibuka
simpan buat pakaian diri
simpan buat diri sendiri
simpan kerana mencari
takdir Ilahi yang tersembunyi
ku hadapkan wajah kepada wajah
yang mengenal hati ini
hati lah hati berhati-hati
berhati hati dalam memerhati
sang pencari tidak ketemui
penemu bukan yang mencari
kelam takdir tiada terperi
kelam hati binasa insani
terhimpun semua tiada makna
bersatu ia dapatlah semua
pilih la kamu jangan kamu pilih
selagi kamu bukan lah Aku
fanakan dirimu berdiri la aku
aku kamu kamu bukan aku.

Sunday, May 12, 2013

Payung Bangsa

Dunia Akhir Zaman

Zaman silih berganti
Masa kian suntuk
Pelita dipasangkan
Menerangi hati yang luhur
Ayuh bangsaku
Bangunlah dari lena
Buangkan rasa benci
Titik hitam dalam hati
Lihatlah musuh berselimut
Cari dan hapuskanlah
Bangun dari lena
Basuh wajah hati
Bangsa kita sedang parah
Di tanah ibu sendiri
Melayu itu bangsa berdaulat
Bukan bangsa bangsat
Melayu bukan gila kuasa
Melayu bukan kaki betina
Melayu bukan hamba harta
Melayu bangsa bertuan
Tuan yang mempunyai Tuhan
Tuhan empunya KURNIA
Dalam kurnia ada PERTOLONGAN
Pertolongan perlu kebenaran
Kebenaran berkehendak penyatuan
Ayuh bersatu
Bersatu dan bersama
Bersama membangunan sebuah payung
Payung bangsa Melayu
Payung Di raja
Payung Agama
Payung Jawi
Payung Tauhid
Payung kepada sebuah Panji
Panji Hitam ufuk Timur
Bangun Bangsaku
Bersatu
Bila bersatu kita kuat
Bila bersatu kita utuh
Bila bersatu Tuhan beserta
Bila payung sudah siap
Bukalah
Semua hati dapat menumpang teduh
Dari guruh dan hujan
Hujan fitnah akhir zaman
Seperti tersurat di dalam Al Quran
Seperti tersirat di dalam Furqan
Seperti termaktub di langit junjungan.

Wednesday, April 3, 2013

Angin-angin sudah kedengaran

Wahai payung yang memayungi
Guruh di langit sudah berbunyi
Air ditempayan jangan dibuang
Ombak dilaut membadai pantai
Siap sedia mencari takdir
Takdir tanah lantainya bumi
Bumi bertuah himpunan wali
Keramat tuan panji Ilahi
Angin-angin sudah kedengaran
Takdir depan tiada jawapan
Rahsia langit dalam genggaman
Himpunkan raja bersama iman
Jauhkan nafsu dan syaitan
Semoga Selamat Tanah Mulia
Daulat Bangsa hidup semula
Daulat Agama panji berkibar
Merangkak di atas salji
Serban biru sedang menanti
Adakah semboyan sudah berbunyi?
Hanya Satu Tiada Dua
Perjalanan baru sahaja bermula
Di bawah payung kita semua


Bangun dari lena
Mimpi siang kian hampir
Malam menampakkan diri
Pertempuran sebenar sedang menanti
Pakaian sudah dipakai
Senjata sudah diasah
Bahtera sudah disiap
Menanti ilham yang mulia
Pesan Guru jangan dilupa
Bersama Bersatu
Demi bangsa, agama dan tanah mulia
Tanah riwayat Nabi Mulia
Nabi Muhammad yang tercinta.

Friday, March 15, 2013

Aku dibelakangmu



Aku lah pengagum ragamu
Tak ingin ku menyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang mengancam
Nodai sucinya lahirmu
Bintang terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk
Dan menjagamu

Thursday, March 7, 2013

30-31


Tanggungjawab Lelaki

Maksudnya :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-nur ayat 30)

- Pelihara mata (penglihatan)
- Pelihara kehoramatan (maruah)

Dari mata turun ke akal turun ke hati naik ke akal buat tindakkan. kalau hatinya bersih, dapat "detect", kalau hati yang kotor, tindakkan sejajar dengan apa yang tasdiq di hati. Allah SWT telah memberi panduan bagaimana nak memelihara diri yakni dari zina iaitu dengan memelihara pandangan mata dan memelihara kehormatan diri (rasa malu terhadap Allah SWT).

yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Jalan nak menyucikan hati dengan memelihara diri dari maksiat melalui mata dan kehormatan.

Tanggungjawab Wanita

Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur ayat 31)

-Pelihara pandangan
-Pelihara kehormatan
-Jangan memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir (yang tidak menimbulkan fitnah kepada ummah) (2 kali Allah SWT perintah)
-Hendaklah menutup belahan leher dengan tudung
-Jangan menghentak kaki UNTUK DIKETAHUI ORANG apa yang tersembunyi yakni perhiasan diri (mencari perhatian, menggoda, mengunakan perhiasan diri untuk menarik perhatian ummah/individu)

bertaubat lah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Berjaya memerdekakan diri dari diperintah oleh nafsu. Aurat dianjurkan untuk memupuk rasa malu terhadap Allah SWT, bukan untuk menyusahkan atau membandingkan siapa yang terbaik antara manusia kerana hanya Dia yang mengenali hamba-hamba Nya. Dia Al-Hakim bukan kita, Dia Al-Alim bukan kita



Thursday, December 20, 2012

Minda Kelas Satu

Minda Kelas Satu (First Class Thinking)

Minda adalah suatu entiti yang sangat berbeza berbanding dengan otak manusia. Minda merupakan suatu tenaga yang ada dalam diri seseorang yang mempengaruhi asas setiap tindakkan manusia itu. Minda diertikan sebagai suatu daya fikir yang disubur dengan ilmu pengetahuan sehingga ia mampu menghasilkan satu pilihan dan keputusan dalam menyelesaikan masalah berdasarkan tahap rasional dan intelektual seseorang itu. Ia juga ditafsir sebagai gabungan antara perlakuan yang meningkatkan pengetahuan iaitu ingatan, imaginasi, diskriminasi, perbandingan dan alasan dengan perlakuan yang melibatkan perasaan iaitu takut, sayang, sedih dan seronok serta melibatkan perlakuaan yang menunjukkan kehendak iaitu memilih.

Menurut YM Guru Utama PSSCM, Datuk Hj Maideen bin Kadir Shah, manusia yang ingin ke hadapan perlu kepada sesuatu yang dinamik dan segar. Daya pemikiran yang baru serta positif, disertakan dengan usaha yang progresif berbekalkan asas penilaian ilmiah dan tindakkan yang waras akan meletakkan seseorang itu di kelas yang terbaik dan tersendiri. Oleh hal yang demikian, seseorang itu bukan sahaja dipandang tinggi dek kerana nilai keilmuannya, bahkan kerana keupayaan dirinya mempamerkan akhlak dan tahap pemikiran yang sangat positif. Seseorang yang dapat mengawal emosi dan desakkan peribadi dalam setiap tindakkan mereka,bahkan tidak memandang rendah kepada keupayaan setiap manusia,mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan senantiasa meneroka "khazanah" yang ada pada diri setiap individu, akan menghasilkan suatu bentuk dan rupa pemikiran yang baru yang dinamakan pemikiran "Minda Kelas Satu" (First Class Thinking).

Dalam menghasilkan suatu produk yang dinamakan sebagai "Minda Kelas Satu", bahan-bahan dan proses yang akan digunakan memainkan watak yang sangat penting dalam merencanakan penghasilan tersebut. Proses-proses itu merangkumi suatu aliran gabungan perlakuan manusia berdasarkan peningkatan tahap keilmuan dan pengetahuannya dengan keadaan persekitaran yang mana membentuk dan mempengaruhi perasaan, emosi dan pegangan hati seseorang individu. Kesan daripada gabungan tersebut akan mencanaikan satu aliran perlakuan yang dilakukan oleh minda dan dicerminkan oleh tindakkan, keputusan, sifat peribadi, jati diri, sahsiah diri seseorang individu. Kejayaan minda terhasil apabila semua aktivti mental itu bekerjasama secara harmoni. Maka, seseorang yang mempunyai tahap keilmuan dan pengetahuan yang tinggi, dan mampu mengawal emosi dan perasaan, serta mempunyai kehendak dan wawasan yang jelas akan menghasilkan suatu tahap pemikiran "Minda Kelas Satu".

Dewasa ini, kemakmuran negara dapat dikecapi hasil pembangunan negara yang begitu pesat. Namun begitu, kesejahteraan negara khususnya pembangunan sahsiah diri dan mentaliti masyarakat masih lagi terkebelakang dan tidak sejajar jika dibandingkan dengan peningkatan taraf infrastruktur dan ekonomi negara. Oleh yang demikian, negara menghadapi kesan yang sangat jelas iaitu; ilmu pengetahuan bercambah dan masyarakat semakin berkemahiran dan berpendidikan tinggi, namun mempunyai nilai etika yang rendah, minda yang tidak progresif, semangat dan kesedaran budaya yang kurang jitu. Walaupun mempunyai infrastruktur kelas satu, tetapi memiliki mentaliti dan minda kelas tiga.

Merujuk pada permulaan entri, pengahasilan minda kelas satu dapat terhasil sekiranya tahap  perlakuan yang menjurus kepada nilai-nilai ilmu itu dapat diimbang dengan perlakuan yang membentuk perasaan serta kehendak dan visi yang kehadapan. Persoalannya, bagaimana ingin diimbangkan? Justeru, menurut pandangan penulis, ilmu dan agama itu perlu disatukan dan dikembangkan dalam diri setiap individu. Ini kerana, ilmu akan memberi pengetahuan dan agama akan membentuk jati diri, perasaan, nilai-nilai etika, kehendak, akhlak dan keperibadian yang baik. Jika diperinci dan diberi pencerahan, agama itu merupakan panduan hidup dan cara hidup seseorang. Maka, bagaimana agama yang dianuti, begitu lah adab, adat,visi, misi, kepercayaan dan budaya hidup yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, sebagai seorang Melayu, cara hidup masyarakat Melayu sebenarnya adalah mengikut acuan Islam dan bertunjang akidah tauhid kepada Allah dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW. 

Menurut sejarah bangsa Melayu, selepas kedatangan Islam ke tanah Melayu, segala adat dan kepercayaan masyarakat Melayu adalah berlandaskan Islam. Segala amalan dan kepercayaan tahyul khurafat serta pemujaan dewa-dewa sakti telah dikikis dan dihapuskan. Para ulama dan mubaligh Islam yang datang ke Tanah Melayu dulu telah mentranformasikan budaya orang Melayu yang sebelum ini berpandukan agama Hindu kepada kepercayaan Tauhid kepada Allah. Oleh itu, para ulama islam ketika itu dengan bijaksananya memasukkan agama ke dalam budaya orang Melayu, yang mana apabila manusia itu beramal dengan budaya, maka sampailah mereka kepada hakikat agama tanpa memisahkan ilmu dan agama. Kesannya, bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang bertamadun hampir selama 700 tahun sebelum kedatangan penjajah barat

Selain itu, kesan dari penyatuan agama dan ilmu ini, melalui wasilah budya, bukan sahaja dapat menghasilkan individu minda kelas satu, bahkan dapat menyelamatkan dan menyelesaikan masalah hebat yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam pada hari ini iaitu "Sekularisme" dan "Pluralisme". Pemisahan agama dari ilmu banyak menghasilkan manusia yang "free thinker" dan bergantung kepada ilmu semata. Oleh hal yang demikian, dalam mengatasi masalah ini, masyarakat Melayu khususnya perlu kembali kepada cara hidup/ budaya hidup orang Melayu itu sendiri. Sekiranya kita tidak mengamalkan dan mempraktik cara hidup Melayu berlandaskan Islam, maka secara sedar atau tidak sedar kita telah menerima cara hidup masyarakat lain, yang lebih membahayakan di dalam budaya itu diisi dengan nilai-nilai keagamaan secara spiritual atau fizikal yang bercanggah dengan agama Islam dan boleh membawa kita syirik kepada Allah. Ini akan mempengaruhi dan merubah minda masyarakat Islam kerana secara tersembunyi minda mereka telah dijajah oleh anasir luar.

Oleh hal yang demikian, dalam pembangunan diri dan negara, pembangunan dari sudut ilmu pengetahuan sahaja tidak cukup tanpa membangunkan minda dan mentaliti masyarakat. Untuk melahirkan semula sebuah tamadun bangsa dan negara, negara perlu kepada masyarakat yang mempunyai minda kelas satu dengan pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan ditambah semangat jati diri yang utuh disamping kemahiran dan ilmu pengetahuan. Hakikatnya, semua manusia perlu kepada minda yang boleh dijana untuk menjadikan mereka itu manusia yang berbudaya berprestasi tinggi. Namun begitu, ini semua bergantung kepada sejauh mana mindanya dijana dan diterapkan bagi menentukan hala tuju kehidupan masa kini dan akan datang. 

Muhammad Khairi Roslim
12.25 am Thursday,20 Dec 2012

*sekadar pandangan dan pengamatan diri sendiri

Saturday, November 24, 2012

Teguh satu pilihan

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

tetapkan hati..damaikan hati..satukan hati :)

Sunday, October 7, 2012

Ketenangan

WEDNESDAY, APRIL 14, 2010

Ketenangan dan kebahagiaan
hanya ada pada sisi-Nya
maka janganlah kau mencarinya
pada selain-Nya
dan dibalik tiap semua
kejadian yang kau alami
pasti akan ada hikmahnya
mungkin nyata kadang rahsia
yang terbaik yang Dia berikan
untuk kita semua
tiap dugaan ada nikmat
dan pasti tiap nikmat ada dugaan
timbal balik alam ciptaan Nya.